Pages

Thursday, 1 May 2014

Penatnya melayan kerenah anak

Penatnya melayan kerenah anak, pernah tak ibu-ibu rasa macam ni?

Saya sebagai ibu yang bersama dua anak 24 jam memang mengakui mendidik dan menjaga anak ini sangat menuntut kesabaran yang tinggi. Maklumlah mereka ni makhluk Allah yang sangat comel, suci, tak tahu apa-apa dan baru kenal dunia. Maka banyaklah kesilapan dan perbuatan yang tidak menepati kehendak kita yang dah 'dewasa' ni.

Suami saya pula seorang yang sangat penyabar, jauh berbeza dengan saya yang kurang sabar ni. Tetapi dalam kesabarannya juga kadang-kadang jika anak terlalu menguji maka meletus jugalah kemarahan. Biasanya jika berlaku begini kita kena bantu sejukkan suasana dan bawa anak ke tempat lain supaya kemarahan reda. Iyalah kan, selepas penat dengan kerja dan tekanan di tempat kerja, pulang ke rumah dengan harapan nak berehat tetapi disambut dengan anak-anak yang bising beraktiviti, bergaduh dan meragam, siapa yang tak sakit kepala. Memang begitulah rumahtangga ni penuh dengan suka duka dan masam manis. Jangan tertipu ye dengan cerita dongeng orang putih dengan tagline mereka, after married they live happily ever after. Memang kita akan berbahagia selama-lamanya tetapi syaratnya adalah bersama-sama berganding bahu menghadapi cabaran rumahtangga yang tak pernah surut.

bila geng dengan abangnya, saling menconteng.
Gambar ihsan google.

Kalau dapat pen atau marker, habis satu badan dan rumah.
Sumber google.
Memang lumrahnya semua anak pun macam ni. Tak ada lah baby yang tak pernah kena marah kan. Tapi sebagai ibu, bila dah marah anak tu kenalah terangkan balik kepadanya punca dia dimarahi. Paling penting selepas kita marah, kita peluk kembali dan memberi penerangan. Jadi anak akan faham dan senang terima nasihat. Jangan dibiarkan sahaja dia selepas marah, kerana kita tak tahu betapa sedihnya dan terlukanya dia kerana dimarahi ibu tersayang. Tapi saya yakin ibu-ibu semua sangat sayangkan anak mereka dan akan memujuk kembali setelah hati sejuk.

bila anak pandai mengamuk


Pernah berborak dengan kenalan saya, dia ibu kepada 3 anak dan tinggal di bandar. Sanggup bekerja seharian di luar walaupun gaji yang dia dapat cukup-cukup untuk keperluan bayaran pengasuh, susu, pampers anak dan kos pengangkutan. Katanya, daripada bergaduh dengan anak kat rumah lagi baik dia pergi kerja. Begitulah rupanya bukan semua ibu yang sanggup bersabar dengan kerenah anak. Sakit bersalin dan berpantang berkali-kali boleh dilalui tetapi untuk melayani dan mendidik anak-anak perlukan mujahadah dan hati yang kental kuat. Tetapi bila dah dapat hasilnya MasyaAllah manis yang amat. Untuk dapat hasil yang manis itu sudah tentu banyak keringat dan air mata yang tumpah. Bak kata pepatah, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.

Tips untuk ibu ibu jika terlalu penat menguruskan rumahtangga dan anak-anak, banyakkan membaca zikir seperti yang Rasulullah saw ajarkan kepada anaknya Fatimah.


Zikir yang diajar oleh Rasulullah kepada puterinya Sayidatina Fatimah r.h.a. ketika Sayidatina Fatimah mengadu kepada Baginda kesusahan beliau dalam menguruskan rumahtangganya dan memohon mendapatkan seorang pembantu.

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya "Wahai anaku Fatimah, inginkah ayah berikan kamu sesuatu yang lebih baik daripada itu". Bacalah tasbih (Subhanallah) sebanyak 33 kali, tahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan takbir (Allahu Akbar) 34 kali". Selepas mengamal zikir tersebut Sayidatina Fatimah r.h.a. merasakan dirinya terlepas daripada bebanan yang ditanggung beliau. Jom kita amalkan juga zikir ini dalam kehidupan kita




No comments:

Post a Comment