Pages

Wednesday, 7 May 2014

Ajar anak bela haiwan peliharaan

Anak saya dah ada haiwan peliharaan dia sendiri! Dah hampir sebulan ayahnya membelikan haiwan peliharaan khas untuk Ammar dan Azzam. Sebelumnya kami berbincang untuk mendapatkan haiwan peliharaan yang bersesuaian dengan usia mereka serta kemampuan untuk menguruskannya. Antara pilihan yang ada ialah kucing, arnab, hamster, ikan dan kura-kura.

haiwan peliharaan yang ini tiada dalam senarai kami ye!

Kenapa nak bagi anak haiwan peliharaan? Sebabnya nak mendidik anak-anak belajar tanggungjawab, kasih sayang dan pengalaman baru. Bila dah ada haiwan peliharaan ini mereka perlu bagi  makan, dan menjaga dengan baik. Kemudian mereka akan dididik untuk menyayangi haiwan peliharaan ini. Dan tentu sekali sebagai satu pembelajaran yang baru untuk mereka setiap hari.

Ok jom kita tengok satu persatu dulu haiwan apa yang patut dipilih. Kucing merupakan haiwan yang sangat comel dan manja. Malah merupakan haiwan kesayangan Nabi SAW. Walaupun anak-anak saya amat sukakan kucing dan akan mengejar mana-mana kucing yang dijumpainya tetapi saya tidak bersedia untuk menguruskannya. Maklumlah kucing ni akan berak merata tempat jika tidak diajar. Nak mengajar kucing berak di tandas pun bukan mudah. Nak latih anak ke tandas pun banyak cabaran inikan pula kucing! Lagipun halaman kami sempit jadi tiada tempat yang sesuai untuk kucing melepaskan hajatnya, risau juga kalau-kalau kucing tu akan mengotorkan halaman jiran dengan najisnya. Tentulah berdosa membuatkan jiran rasa terganggu. Tunggulah bila kami mempunyai rumah yang ada halaman luas nanti dan jika berjumpa kucing yang pandai ke tandas sendiri. ;-)

Alolo comelnya...
tetapi belum sesuai lagi untuk memelihara kucing sekarang.

Arnab dan hamster? Arnab perlu ada halaman yang luas juga, dan banyak najisnya nanti mengotorkan halaman. Hamster pun begitu juga banyak najis nanti nak bersihkan sarang. Yang sebenarnya saya dan suami agak penggeli jadi memang tak berminat untuk menguruskan haiwan yang banyak buang najis seperti ini.

Kura-kura? Memang comel dan penjagaan pun tak susah. Tetapi yang dirisaukan adalah apabila ianya semakin membesar dan membesar lagi, kasihan pula jika terpaksa melepaskannya ke tempat lain yang asing seolah-olah menzaliminya.

Kalau dah besar macam ni nak simpan kat mana ye?
sumber gambar google

Jadi agaknya apa pilihan kami? Tentulah ikan pilihan terbaik. Maka rasmilah 3 ekor ikan gapi sebagai haiwan peliharaan Ammar dan Azzam. Harga pun murah sahaja RM 1 seekor, dan kos akuarium kecil, serta makanan pun tak sampai RM15. Dengan kos hidup yang tinggi ni kita kenalah buat pilihan yang bijak kan. Malah kalau tersangat sesak ikan tu bolehlah bertukar menjadi lauk pula betul tak ;-)
Cukuplah mulakan dengan yang ringkas dahulu sebagai permulaan ni.

inilah ikan ammar dan azzam

ammar sedang melihat ikan makan

pandangan dari atas. 



Tadaa..
Semoga anak-anak saya sukakannya. Doakan ikan-ikan ini hidup lama dan bahagia di rumah kami =)

No comments:

Post a Comment