Pages

Friday 13 December 2013

Pengalaman saya sendiri ajar anak guna set bacalah anakku 1

Insyaallah saya akan kongsikan pengalaman saya sendiri dalam mengajar anak menggunakan set bacalah anakku. Anak sulung saya usianya sekarang 3 tahun. Macam ibu-ibu lain juga, saya perkenalkan dia dengan huruf ABC hingga Z melalui lagu-lagu, video dan flashcard. Cuma saya agak lambat mengajarnya membaca iaitu di usia 3 tahun baru saya ajar dia membaca menggunakan bacaan fonetik. Saya memilih mengajarnya dengan set bacalah anakku memandangkan saya sendiri mengajar di Pusat Membaca yang menggunakan buku ini dan saya dapat lihat kemajuan pelajarnya.

Kali pertama mengajar memanglah terasa pelik kerana kita sudah biasa dengan sistem mengeja. Bunyi fonik ini memang pelik sebutannya bagi orang yang tak biasa. Langkah pertama saya buat adalah mendengar vcd panduan mengajar yang disertakan sekali di dalam set Bacalah Anakku. Sambil saya pasang, anak saya pun mendengar sekali dan mengikut sekali bunyi huruf tu. Vcd tersebut hanya ada gambar mulut orang yang menyebut dengan intonasi yang betul, serta perkataan yang disebut. Walaupun vcd ni tiada lagu dan sedikit bosan, namun bila diikut baca dengan anak jadi seronok pula membunyikan huruf sambil mengikut herot mulut tu. Kelakar pun ada hehe =D

Kemudian bila dah faham dan hafal semua bunyi, barulah mula mengajar anak dengan buku siri 1. Senang sahaja dia mengikut bunyi huruf a, i dan u. Kemudian bila kena sebut bunyi "n" dan digabung dengan a, i, u dia agak lambat. Sebenarnya tak perlu nak cepat-cepat dia habiskan baca buku tu. Buku 1 tu jika dia lambat habis pun tak apa asalkan dia faham konsep gabung bunyi tu. Sebulan lebih jugalah baru dia faham betul dan boleh baca perkataan ana, ibu, ani dan lain-lain dalam buku tu. Yang lebih terkejutnya, saya cuba uji dia dengan gabungan bunyi huruf yang dia tak belajar lagi. Dan dia boleh sebut bunyi yang betul. Ternyata fonetik ini memang sangat mudah untuk diterima oleh otak anak-anak kecil dan sangat mesra bayi.

Ini video saya cuba menguji dia dengan bunyi lain yang dia belum belajar lagi ;


ini pula video masa dia mula-mula belajar baca. Adiknya yang baru setahun pun teruja nak ikut baca sekali



Anak saya ni agak aktif. Buku 1 dia dah habis dicontengnya dan dikoyak rabak pula oleh adiknya. Nasib baik umminya ni menjual sendiri set membaca ni jadi dapatlah buku baru. Kemudian saya fotostat buku tu risau kalau dikoyak lagi. Kopaklah kalau asyik nak kena tukar buku baru je huhu. Satu masalah mengajar ammar ni adalah, dia suka baca ikut moodnya dan nak baca mukasurat tertentu sahaja. Jadi selepas fotostat, saya hanya ambil mukasurat yang perlu dibaca sahaja jadi terpaksalah dia membacanya sampai habis, hehe.

Lagi satu yang menariknya, bila dia dah pandai baca buku 1 ni, dia dah pandai tulis sendiri perkataan yang dia baca tu! Saya memang kagum sungguh. Betullah yang saya pernah baca bahawa selepas pandai membaca anak akan pandai menulis sendiri. Tapi dia cuma pandai tulis huruf  ' i ' jelah. Huruf lain mungkin agak susah sikit jadi dia tulis huruf ' i ' yang agak senang ni. Tanpa saya ajar menulis lagi pun. Wah ini lagi buat saya teruja nak ajar anak membaca. Tapi tak sempat la pula nak ambil gambar yang dia tulis tu sebab dia tulis di ipad jadi terus dipadamnya selepas tulis.

Jika ibu-ibu nak ajar anak dengan set Bacalah Anakku yang terbukti berkesan dan sangat mesra bayi ni, bolehlah dapatkan daripada saya ye. Buatlah pelaburan khas untuk anak yang tersayang. Ajar anak pandai membaca awal sangat penting ye ibu-ibu. 3 Kemahiran penting yang perlu anak kuasai sebelum masuk sekolah adalah Membaca, Menulis dan Mengira. Insyaallah jika dia pandai membaca dia akan lebih cepat pandai menulis.


Gambar : Promosi pakej membaca. Hubungi saya Puan Aini 013 4036390 untuk pertanyaan.

Baiklah ini serba sedikit coretan saya. Setakat ini sahaja dulu saya kongsikan ye. Insyaallah saya akan update lagi tips anak membaca dan cabaran mengajar di rumah di entry seterusnya bila berkelapangan. Semoga membantu =)







No comments:

Post a Comment