Tetapi walaupun bahan-bahan dan langkah membuatnya agak senang, anda takkan berjaya untuk menghasilkan sebiji donut pun tanpa bahan asas yang pertama iaitu rajin! Hehe itulah yang saya rasakan dalam kesibukan tugasan harian, kesibukan berbisnes online dan dalam masa yang sama menguruskan dua hero kecil serta hal ehwal rumahtangga ni (amboi macam sibuk sangat). Jadi bila dah buat, kenalah buat betul-betul dengan anak-anak sekali ikut serta. Jom kita!
Gambar bahan-bahan dan proses menguli peringkat awal tak sempat nak ambil gambar. Maklumlah tangan tengah disaluti tepung nanti habis telefonku bersalut tepung juga.
Gambar : Pembantu yang rajin sedang sibuk menguli donut dan menekap donut dengan acuan kesukaannya. Layankan sahaja. Pembantu kecil lagi seorang tak boleh ikut serta, nanti habis adunan yang mentah itu dimakannya!
Inilah donut-donut yang dah dibentuk dan siap sedia untuk digoreng. Ada yang kecil dan ada yang besar. Yang acuan anak saya buat tak ada dalam gambar. Sebabnya, lepas siap ditekap dia ambil balik kemudian diuli dan di tekap balik berulang-ulang. Tak siap-siap la jawabnya.
Alhamdulillah donut gebu dah siap dan sedia untuk dimakan. Blender kering gula putih untuk salut kat donut yang baru lepas masak. Donut ni menjadi kegemaran saya sewaktu mengandung anak sulung. Semasa tempoh 3 bulan pertama tu saya langsung tak dapat makan nasi dan kemuncaknya kena masuk hospital disebabkan alahan teruk & kurang air dalam badan. Banyak botol juga masuk air. Alhamdulillah saya dan anak sihat walafiat. Mungkin sebab itulah anak sulung saya juga sukakan donut.
Hah, ajar anak lelaki masuk dapur? Nanti lembiklah dia !!
Ada juga orang yang berfikiran macam ni kan. Sebenarnya ajar anak lelaki tolong di dapur, ajar anak lelaki basuh pinggan sendiri, ajar anak lelaki kupas bawang bukanlah penyebab lelaki mendapat konflik diri sehingga menyangka dia ni perempuan lantas bertukar karekter menjadi manusia dua alam.
Bahkan kemahiran di dapur ini merupakan antara "survival skill" yang perlu diketahui oleh anak tidak kira lelaki atau perempuan. Survival skill ini akan sangat membantu ibu bapa dan anak-anak itu sendiri. Malah anak-anak yang dibiasakan membuat kerja rumah dan diberi tugasan tertentu akan menjadi seorang yang berdisiplin. Saya akan sentuh kemudian tentang survival skill ini dan keperluan mendidik anak melakukan kerja rumah samada anak lelaki atau perempuan dalam entry lain. Saya nak makan donut dulu ! ;-)
No comments:
Post a Comment