Pages

Wednesday 11 December 2013

Pendedahan Teknik Ajar Anak Membaca Awal Yang Berkesan

Assalamualaikum & salam sejahtera =)

Saya mohon maaf kerana agak lambat update sambungan kepada kisah ini atas kesibukan tugasan harian. (Sibuk mengalahkan menteri, hehe).

Seingat saya di zaman kecil dulu, kemahiran membaca di usia awal bukanlah perkara yang biasa dalam masyarakat kita. Sudah tertanam di minda mak pak bahawa bila masuk darjah 1 baru anak akan belajar membaca. Sedangkan pembinaan otak anak di usia 6 tahun sudah mencapai 95%. Maka rugilah kita kerana tidak memanfaatkan usia awal anak dengan rangsangan sewajarnya. Dulu-dulu bila ada budak umur 4 tahun pandai baca paper (suratkhabar) pun dah heboh satu Malaya, keluar dalam paper semua bangga. Ajaib tu! Tapi sekarang ibu-ibu moden ramai yang sudah sedar kepentingan membaca di awal usia dan hasilnya ramai kanak-kanak yang pandai membaca seawal 4-5 tahun. Malah jika darjah 1 masih belum pandai membaca memang menggerunkan buat ibu-ibu kerana persaingan yang agak sengit dalam bidang pendidikan sekarang. Kesian sangat kalau anak darjah 1 tak pandai baca lagi nanti mereka akan stress dan menjatuhkan self esteem mereka.

Begitu jugalah seperti dalam entry dahulu saya ceritakan tentang 3 beradik yang masih tak pandai membaca walaupun dah bersekolah.  Kasihan mengenangkan banyaknya mereka tertinggal dalam pelajaran & tentu sekali mereka malu dengan kawan-kawan. Kini bila saya mengajar anak-anak usia 4-5 tahun, saya sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan kaedah yang sangat bagus ini. Ramai yang rate umur ini pandai membaca dengan lancar & habis semua siri buku dalam beberapa bulan sahaja. Macam kacang je diorang baca!

Gambar: Saya sedang khusyuk mengajar kanak-kanak comel membaca. Yang duk Nibong Tebal bolehlah hantar anak kat sini ;-)

Rahsianya ? Kaedah yang kami ajar adalah kaedah fonik atau fonetik menggunakan set buku Bacalah Anakku & Readeasy keluaran Readnetwork. Perkataan fonetik berasal daripada perkataan Inggeris "Phonetics" yang bermaksud 'the study of speech sounds and how they are produced' (Oxford Advanced Learners Dictionary) Kaedah ini tidak perlu mengeja sama sekali seperti cara lama kita belajar membaca, tetapi anak akan belajar bunyi huruf dan gabung bunyi huruf.

Mengikut kajian, kaedah fonetik adalah kaedah yang paling sesuai untuk mengajar kanak-kanak membaca kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. Kajian-kajian yang dibuat terutamanya oleh saintis di Yale University, USA, telah membuktikan bahawa otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf (menggabung bunyi) yang dilihat bagi meyebut atau membaca perkataan itu. Dengan memperkenalkan bunyi-bunyi huruf kepada anak tanpa mengenalkan nama huruf dahulu, kanak-kanak akan dapat membaca dengan lebih cepat, lebih lancar, dan lebih awal usia seawal umur 3 tahun !

Menggunakan set buku Bacalah Anakku, ada 8 siri buku yang serta 1 vcd panduan mengajar dan juga set flashcard di dalamnya. Set buku yang berharga RM 40 ini sangat mudah digunakan oleh ibu untuk mengajar anak sendiri di rumah. Langkah pertama adalah dengan menonton & memahami sebutan fonik seperti dalam vcd panduan. Kemudian terus ajar anak dengan cara bunyi yang diajar. Di peringkat awal mungkin kita tak biasa dan sedikit terbelit lidah (saya la ni, hehe). Malah rasa peliknya bunyi ni. Agak ragu-ragu pada mulanya. Tapi tetapkan keyakinan dan teruskan usaha, alhamdulillah anak saya usia 3 tahun dah pandai baca buku 1 & faham konsep gabung bunyi ni. Nanti di entry seterusnya saya akan kongsikan video dia membaca dan menggabung bunyi yang saya dengarkan.

Ironinya, semasa saya mengajar 3 beradik tu, inilah buku yang digunakan untuk mengajar mereka, iaitu Set Bacalah Anakku ! Ibu mereka membelikan buku ini untuk anak mereka belajar membaca.TETAPI kesilapan besar yang dibuat adalah kerana saya mengajar bukan dalam bentuk fonik, tetapi mengeja. Saya ajar mereka mengeja menggunakan buku tersebut. Sedangkan teknik membaca buku itu adalah fonik. Untuk info, saya baru pertama kali jumpa buku Bacalah Anakku tu & memang tak tahu langsung tentang kaedah bacaannya. Jadi adakah saya bersalah kerana mengajar teknik yang salah tanpa pengetahuan saya sendiri? Bagi saya, yang bertanggungjawab untuk memberitahu tentang cara penggunaan buku itu adalah penjual buku. Saya tak tahu ibunya beli di mana, jika di kedai biasa tentu mereka tiada masa nak menerangkan kepada pelanggan tentang kelainan buku ini. Apapun tidak salah beli di kedai, kerana tanggungjawab pembeli juga adalah untuk membaca panduan mengajar sebelum mula mengajar anak. Jadi sesiapa yang sudah beli set Bacalah Anakku pastikan sudah membaca panduan mengajar serta menonton VCD panduan mengajar sebelum mula ajar anak membaca.

Untuk bahasa inggeris pula, Set buku Read Easy berharga RM 45 juga sangat bagus. Saya melihat sendiri bagaimana kanak-kanak yang tak pernah sebut perkataan english tapi selepas menggunakan kaedah fonik, dia terus membunyikan perkataan itu dengan sebutan yang betul. Memang terbukti sistem bacaan ini sangat berkesan dan bagus untuk anak dari usia 3 tahun. Bayangkan bagaimana kita nak baca perkataan english tanpa sebutan fonik. Malah di sekolah rendah pun sudah mula diajar fonik untuk english kerana memang hanya inilah sistem bacaan yang sesuai untuk mahir membaca english. Dan apa yang saya perhatikan lagi, pelajar yang bermula dengan membaca set Bacalah Anakku lebih cepat faham konsep fonik english dan dapat membaca dengan lebih baik berbanding yang sudah pandai membaca secara mengeja. Ada perbezaannya di mana mereka sukar untuk gabungkan atau 'blend' bunyi tersebut menjadi perkataan.

Mengajar anak kecil membaca ini memerlukan kreativiti & kesabaran yang tinggi. Maklumlah mereka sedang meneroka dunia baru dan sukar duduk diam untuk fokus membaca. Kunci utama dalam proses pengajaran ini adalah secara santai, belajar ketika sedang gembira & relaks, konsisten dan SEKEJAP sahaja. Walaupun mereka hanya fokus selama beberapa minit tetapi tidak mengapa asalkan konsisten. Insyaallah saya akan kongsikan dengan pembaca juga cabaran- cabaran dalam proses mengajar membaca ini serta tips mengajar dari semasa ke semasa. Juga boleh daftarkan emel anda untuk dapatkan update terkini. (Mohon maaf jika lambat update blog)

Jika anak dah diajar mengeja, sesuaikah fonik?

Ada juga kanak-kanak yang saya ajar ini sudah belajar mengeja di tadika mereka. Tetapi mereka masih belum pandai membaca. Kemudian bila diajar dengan kaedah fonik, pada peringkat awal adalah normal mereka sering tersilap sebut kerana keliru dengan konsep mengeja yang diajar di tadika. Walaubagaimanapun selepas sering diulang dan hadir kelas, mereka akhirnya dapat menagkap konsep gabung bunyi yang mudah ini. Hasilnya mereka dapat membaca dengan sangat cepat. Jadi jika ibu-ibu juga telah mengajar anak mengeja, ibu-ibu jangan risau kerana anak akan mudah juga membaca fonik ini asalkan mengajar dengan fonik sepenuhnya. Ingat ye jangan dicampur adukkan fonik dengan mengeja. ibu-ibu kena faham dan yakin konsep fonik ini sepenuhnya sepanjang mengajar. Jika ibu yang mengajar konfius, apalagi anak-anak kan. Apapun jangan risau sebab konsep bunyi fonik ni sangat mudah untuk difahami & diajar.

Jika ibu ayah berminat nak mengajar anak membaca sendiri di rumah, kami ada buat pakej promosi beli 3 set membaca (set bacalah anakku, set read easy, dan set al furqan) PERCUMA 3 POSTER ALIF BA TA.
Seperti dalam gambar di bawah.

Boleh baca perkongsian saya mengajar anak membaca di entry ini .



Dalam pakej ini juga ada set al furqan khas untuk ajar anak membaca al quran. Seperti buku iqra tetapi al furqan lebih santai dan ringkas. Bagus juga untuk mengajar anak membaca al quran di usia awal. Saya juga sedang mengajar anak saya dengan menggunakan buku ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

sebarang pembelian : hubungi Pn Aini 013 4036390 (sms/whatsapp).
Harga terbaik untuk pembaca blog ini =)

2 comments:

  1. Salam akak 3 set ni berapa rm

    ReplyDelete
  2. SALAM. APE BEZA BESTARI PAKEJ READ EASY DAN READ EASY ENGLISH?

    ReplyDelete