Sunday, 12 October 2014

Apa Cita-Cita Anak Lelaki Anda?

Ibu-ibu yang ada anak lelaki, cuba tanya apa mereka nak jadi bila besar nanti? Macam anak saya dia akan jawab nak jadi polis atau askar. Saya rasa tentu ramai juga budak lelaki nak jadi askar atau polis masa dia kecil kan?


Pada mulanya saya risau sebab fikir macam kurang elok bila dia asyik cakap nak jadi askar, nak beli mainan senapang, pistol dan asyik kata nak tembak orang jahat. 

Tapi semalam saya hadir ke seminar keibubapaan yang disampaikan oleh Pak Utih, baru saya faham lebih jelas tentang sifat sebenar anak saya ni. 

Menurut Pak Utih, fitrahnya orang lelaki dilahirkan sebagai pelindung, dan berjiwa pejuang. Mereka sentiasa nak jadi hero. Dan jika dari kecil kita nampak ciri-ciri ini dalam diri anak lelaki kita maksudnya anak lelaki kita normal! 

Jangan risau jika dia sibuk nak main senapang dan pistol. Raikanlah fitrah dia sebagai lelaki. Cita-cita tu akan berubah seiring dengan ilmu dan minatnya bila besar nanti. Yang penting kita ibu-ibu kena bersyukur kerana mempunyai anak lelaki yang mempunyai sifat pelindung, berjiwa pejuang dan boleh melindungi keluarga nanti. 

Alhamdulillah ^__^



Monday, 26 May 2014

Ulasan Kelas Asas Blog dan Penulisan

Saya mula melibatkan diri dalam bisnes secara online pada tahun 2011. Sebelum itu pada tahun 2008-2009 saya ada membuka kedai menjual pakaian dan mengambil tempahan jahitan serta membuat kursus belajar menjahit. Kedai ini diusahakan bersama sahabat saya tetapi terpaksa ditutup kerana masalah pekerja dan kami masing-masing ada komitmen baru. Jadi selepas bersalin suami meminta saya menjaga sendiri anak di rumah. Bermula dari situ saya mula mencari peluang bisnes dari rumah.

Saya menyertai bisnes secara dropship tanpa modal di internet. Produk dropship agak bagus malangnya saya tidak pandai bahagian pemasaran. Kemudian saya pergi ke kursus belajar FB ads untuk beriklan di facebook. Setelah faham cara beriklan di facebook, saya ditemukan dengan sahabat saya yang belajar di USM dahulu yang telah menjadi pemborong barangan kanak-kanak. Apalagi saya terus menjadi agennya dan berbekal ilmu FB ads saya berjaya mendapat untung bersih mencecah 4 angka, dan kini saya menjadi pemborong pula. Tetapi sejak akhir-akhir ini FB semakin mengetatkan polisi iklan dan kos iklan di facebook semakin mahal.

Kemudian saya ditemukan dengan kak Masayu Ahmad yang sering bercerita tentang Akademi Belajar Dari Rumah di facebooknya. Saya berasa begitu tertarik dengan konsep ini lantas terus berdaftar kursus asas blog dan penulisan dengan beliau. Saya diwajibkan melengkapkan 44 entri sebagai tugasan utama tetapi selepas beberapa entri saya hilang fokus dan blog ini terbiar.

Tetapi apa yang mengejutkan saya apabila saya dihubungi ramai ibubapa yang menemukan blog saya dan ingin membeli set membaca daripada saya selepas saya bercerita di blog tentang ajar anak membaca. Ini benar-benar membuka dimensi baru buat saya. Rupanya pemasaran melalui blog sangat besar kesannya dan lebih diyakini. Tetapi jika buat blog sendiri secara individu tentu kesannya tidak sebaik berblog melalui Akademi Bekerja Dari Rumah ini. Sebabnya sebelum ini juga saya ada blog sendiri untuk jualan tetapi tiada pengunjung.

Namun dengan menyertai Akademi ini, saya mendapat jaringan bines yang luas dan capaian blog saya lebih tinggi kerana ada lebih 600 blog yang bergabung dan saling membantu sesama ahli akademi untuk menaikkan blog kita di google. Dengan ini kita akan mendapat lebih ramai pelawat dan tentu sekali lebih ramai pelanggan! Nasihat saya, jika ingin berbisnes online jom bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Dari Rumah.

Sunday, 25 May 2014

Slot Kursus Puan Lina Karim kini boleh dengar secara online!

Saya yakin tentu ibu-ibu yang sangat menitikberatkan tentang didikan awal anak mereka mengenali siapa Puan Lina Karim, ibu kepada Darwish dan Darwisya kan. Jika tak kenal boleh cuba kenali beliau ye. Sangat rugi jika tak ikuti tips dan nasihat beliau sebabnya kisah Puan Lina ini telah memberi dimensi baru kepada ibu-ibu di Malaysia untuk mendidik anak mereka menghafal dan membaca quran seawal usia 3 tahun!

Puan Lina sangat komited membantu ibu-ibu lain yang mempunyai impian yang sama, mahu anak menghafal quran di awal usia. Beliau banyak menganjurkan kursus-kursus di sekitar Selangor dan Kuala lumpur. Tetapi beliau agak sukar untuk mengadakan kursus di tempat-tempat lain memandangkan anak-anak yang masih bersekolah dan tanggungjawab lain. Memahami keperluan menyampaikan ilmu yang Allah titipkan buatnya, kini Puan Lina juga menyampaikan ceramah seperti dalam kursusnya secara online agar semua ibu di seluruh Malaysia dapat mendengar, dan tidak beralasan lagi untuk tidak mengajar anak al quran dari kecil.

Saya kongsikan emel beliau ;


Assalamualaikum aini,

 Apa khabar? Dari sehari ke sehari ramai yang bertanya pada saya bagaimana bermula untuk mengajar anak al Quran dari bayi kerana saya sangat-sangat mempromosikan mengajar al Quran itu dari B.A.Y.I.  Alhamdulillah dapat saya membuat sebuah video yang menerangkan serba sedikit tentang mengajar al Quran dari Bayi. Cuma nak beritahu... ianya mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk menontonnya. Berminat dan ada masa tak? 
Jika aini ada anak kecil dan berminat untuk Tutorial Video PERCUMA Tips Mengajar Anak Menghafal al Quran boleh teruskan untuk ke link video tersebut. Jika tidak, abaikan saja emel ini. Jika berminat, boleh terus klik pada imej banner diatas, ataupun link dibawah ini. Syaratnya mudah sahaja.. cuma isikan nama dan emel, sahkan emel dan kemudian link video tersebut akan dihantarkan pada reader.
Semoga video tersebut memberi manfaat dan semangat untuk lebih ramai ibubapa memasukkan al Quran itu dari bayi.
Semoga ianya bermanfaat.

Ibu-ibu dan ayah-ayah boleh klik link berwarna biru tu dan mendaftarkan emel anda di bahagian bawah sekali. Kemudian anda akan dapat akses ke ruangan menonton video tersebut. 

Saturday, 24 May 2014

kita adalah apa yang kita baca

Percaya tak, apa yang kita fikir sekarang, apa sikap dan peribadi kita sekarang sebenarnya turut dipengaruhi oleh bahan bacaan yang pernah kita baca sejak kecil dahulu??

Kita adalah apa yang kita baca.
Begitulah juga anak kita akan jadi ikut apa yang dia baca.

Jadi sangat penting memilih bahan bacaan yang baik dan berkualiti untuk anak. Tak guna jika kita kawal anak tengok TV, kawal anak daripada main game, tetapi kita tak kawal bahan bacaan anak kita.
Pastikan buku-buku yang dibaca adalah yang mendidik rohani, minda dan jiwanya.

Jangan lupa berikan anak bahan bacaan tentang sirah Nabi, kisah para pejuang Islam dan kisah-kisah tauladan yang baik. Dalam kesibukan kita sebagai ibubapa dengan tugasan harian dan pelbagai tanggungjawab lain, bahan bacaan itulah yang akan membantu kita dalam membentuk dirinya menjadi lebih baik.


Ibu bapa pun boleh check balik buku-buku yang dibaca. Banyakkan membaca buku ilmiah berbanding novel yang tebal-tebal tu. Saya masih ingat di zaman remaja dulu, kawan seasrama dengan saya pengumpul novel tegar. Penuh koleksinya dengan novel-novel terbaru dan tebal-tebal semuanya. Saya pun terikut membaca novel sekali. Apa yang saya dapati, selepas baca novel tu tentu saya akan teringat-ingat lagi jalan ceritanya. Dan jalan cerita setiap novel memang banyak buat kita berangan-angan. Malah kawan saya tu siap karang novel fantasi dia sendiri! Tapi saya tak tahulah siap ke tak novelnya. Kalau siap teringin juga nak baca.

Satu lagi bahayanya baca novel ni, sebab dalam novel-novel saya baca ada kisah gadis dirogol, kemudian kahwin dengan perogol, atau berzina, mengandung dan kahwin, ditentang keluarga, atau disisihkan dan penamatnya berjaya merebut hati suami atau isteri. Atau hubungan terlarang lain. Dalam tak sedar, pembaca novel yang rata-ratanya sangat muda remaja menyematkan di minda beginilah jalan hidup mereka dalam bercinta. Ditentang keluarga atau suami playboy atau isteri playgirl tetapi lama-lama bahagia. Benda yang sepatutnya salah dan dilarang agama diolah dalam sebuah novel dengan menarik hingga watak-wataknya diminati. Ini novel-novel yang saya baca dahulu lah, sekarang saya tak pasti bagaimana pula jalan ceritanya.

Namun begitu tak dinafikan ada penulis novel yang bagus-bagus juga, dan ada banyak genre berbeza.  Pilihlah yang mana anda rasa bagus untuk perkembangan minda masing-masing.

Tetapi saya tidaklah sangat banyak membaca buku ilmiah pun, masih banyak yang saya tidak tahu dan belum baca. Doakan saya agar lebih rajin membaca ye :-)

Saya nak mengajak kita semua membaca kisah adik Ahmad Ammar menemui syahid di bumi Turki dalam misi untuk mempelajari dan mendekati sejarah khilafah uthmaniyyah dan sejarah Islam yang sebenar.  Moga-moga perjalanan hidupnya menjadi inspirasi buat anak-anak kita dan kita sendiri.

Jangan lupa beli buku tentang adik Ahmad Ammar ini sebagai hadiah untuk anak kita nanti.  Boleh dibeli di kedai-kedai buku berhampiran anda. 








Udang goreng celup tepung

Kat tempat tinggal saya ni ada satu tempat pendaratan ikan, yang mana harga ikan, sotong dan udang kat situ memang sangat murah berbanding harga pasaran. Setiap bulan kami akan ke situ untuk membeli ikan dengan harga yang murah.

Suami saya menyiang ikan 

Inilah antara ikan yang kami beli, ikan jenahak hanya RM7 sekilo! Besar-besar pula tu. Segar dari laut. Ikan yang sampai tu duk melompat-lompat lagi. Harga ikan yang masih hidup biasanya mahal sikit daripada yang dah mati. Kami beli 7 ekor yang saiz besar, tak ingat dah berapa kilo, dapat RM48, dan percuma seekor ikan kerapu yang dah cedera. Besar jugak. Alhamdulillah rezeki. 

Minggu lepas ikan jenahak, kerapu tak ada. Yang ada kat pelantar berbakul-bakul semua ikan bawal. Musim ikan bawal agaknya. Bukan bawal hitam tapi bawal putih. Jadi kami beli ikan bawal, sotong dan udang. Udang yang harga pasaran dalam RM30, hanya berbelas ringgit sahaja sekilo. Memang rugilah orang-orang kat kawasan ni yang tak pernah datang sini. 

Jadi hari ini resepi makan tengahari adalah udang celup tepung. Resepinya sangat mudah, hanya diperlukan bahan-bahan seperti berikut ;

1. Udang yang sudah dibuang kulit
2. Tepung beras
3. Serbuk kunyit
4. Serbuk kari 
5. Garam
6. Telur 1 biji

Bahan-bahan 2-6 diletakkan dalam mangkuk dan digaul sebati dengan air. Jangan terlalu cair pula ye. Agak-agak seperti dalam gambar ini.

gaul sebati

Kemudian panaskan minyak, dan masukkan udang dah dicelup ke dalam tepung ini seekor demi seekor. Goreng dengan api sederhana sehingga garing. 

abaikan kuali yang hitam ni ye


yummy ! sedapnya.

Sedap dimakan ketika masih panas dan dicicah sos cili. 



Menggalak Anak Membaca Siri 2

Langkah yang boleh diambil ibubapa untuk mendorong anak membaca. Sambungan daripada artikel dahulu di sini.

1. Teladan dari ibubapa

Ibubapa haruslah menunjukkan teladan yang baik. Semasa bersama-sama dengan anak-anak, tunjukkanlah minat anda terhadap bahan bacaan seperti membaca suratkhabar, buku atau majalah. Dorong dan galakkanlah mereka untuk sama-sama membaca dan menikmati bahan bacaan. Sekiranya mereka telah didorong untuk meminati buku sejak kecil lagi, makatidak akan timbul masalah apabila mereka dewasa kelak.

2. Hadkan masa untuk menonton tv

Banyak bukti yang menunjukkan bahawa TV membawa pengaruh yang kuat terhadap minat membaca di kalangan kanak-kanak. Masa yang sepatutnya diperuntukkan untuk membaca buku banyak dihabiskan dengan menonton TV sahaja. Sekiranya mereka asyik menonton TV, maka mereka akan melupakan tugas membaca buku. Ibubapa sepatutnya menyediakan satu jadual, masa anak-anak menonton TV. Contohnya, di waktu petang 1 jam ( 4-5petang) dan di waktu malam 1 jam (7-8malam).



Masa menonton TV hendaklah dihadkan kepada 1-2 jam sahaja sehari. Ibubapa hendaklah tegas dengan pendirian mereka. Tugas mendisiplinkan anak adalah tugas anda. Mungkin pada awalnya, ereka tidaks enang dengan peraturan baru itu. Anda hendaklah menerangkan kepada mereka kebaikan-kebaikan yang diperolehi darinya. Lama-kelamaan mereka akan terbiasa dan dapat menyesuaikan diri. Bak kata pepatah, "Alah bisa tegal biasa".

3. Suasana pembelajaran yang merangsangkan

Suasana di rumah juga mempengaruhi minat membaca. Keadaan rumah yang bising, hingar-bingar dan tidak tersusun selalunya mematikan semangat untuk membaca. Seboleh-bolehnya, mewujudkan suasana yang tenang di dalam rumah.

Semasa waktu anak-anak membaca atau belajar, kurangkan aktiviti-aktiviti seperti enonton TV, berbual-bual dan suara anak-anak kecil yang membuat bising. Keadaan di rumah pula hendaklah bersih dan kemas.

4. Perpustakaan mini

Wujudkan sebuah perpustakaan mini di rumah. Belikan buku-buku yang menarik mengikut peringkat umur kanak-kanak. Sekiranya ibubapa tidak mampu membeli buku-buku yang mahal, belilah secara beransur-ansur dari pameran-pameran buku yang mengadakan jualan murah.

cantiknya

Kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah lebih sukakan buku-buku bergambar. Kanak-kanak di bawah 4 tahun sukakan gambar yang berwarna warni seperti gambar binatang, gambar manusia dan barang-barang yang terdapat di sekeliling mereka. Kanak--kanak 5-6 tahun pula sukakan buku-buku cerita bergambar dan buku-buku aktiviti seperti aktiviti mewarna, melukis dan lain-lain.

5. Galakan daripada ibubapa

Galakan dan dorongan ibubapa amatlah penting. Selalulahbercerita kepada anak-anak tentang pentingnya buku-buku dan faedah yang diperolehi daripada membaca. Ibubapa juga perlulah berbual kepada anak-anak tentang buku-buku yang dibacanya.

Apabila ada kelapangan, bawalah mereka ke perpustakaan awam. Tentu mereka seronok melihat buku-buku yang berbagai jenis. Membawa mereka ke kedai buku juga ada faedahnya. Ia merupakan satu rangsangan kepada mereka supaya minat membaca.

Bagi kanak-kanak yang lebih kecil berumur 3 bulan hingga 2 tahun, ibubapa boleh membacakan buku-buku bergambar yang menarik kepada mereka.Biarkan mereka melihat dan membelek-belek gambarnya. Di samping menanamkan minat membaca, ibubapa juga dapat memperkembangkan kemahiran bahasa dan perbendaharaan kata.

selamat membaca !




Friday, 23 May 2014

Menggalak Anak Membaca Siri 1

Hujung minggu begini hari yang sesuai untuk aktiviti keluarga. Tetapi disebabkan suami saya ada urusan kerja, maka kami pun beraktiviti bebaslah di rumah. Sementara anak-anak sibuk bermain, saya terjumpa buku yang dipinjamkan kawan saya sewaktu mengandung anak pertama dahulu. Dah lama dipinjamkan nampaknya kena cepat-cepat pulangkan. Sebelum itu saya belek-belek dan terjumpa bab terakhir buku ini bertajuk 'Menggalak Anak Membaca'.  Jadi saya kongsikan kandungan bab buku itu di blog ini agar dapat menjadi panduan apabila buku itu dipulangkan nanti.

Buku ini dicetak pada 1996. dah lama..
Ramai ibubapa mahu anak mereka pandai tetapi tidak pula menyediakan asas untuknya menuju ke arah tersebut. Anak adalah sumber insan yang perlu dibangunkan potensinya ke tahap yang optimum supaya menjadi individu berguna kepada keluarga, agama dan negara.


Bagaimana Menggalakkan Anak Membaca ? 

Umur 1 hingga 5 tahun adalah lingkungan umur yang sangat penting bagi kanak-kanak. Hampir 80% perkembangan intelek kanak-kanak berlaku dalam lingkungan umur ini. Amat penting sekali minat membaca disemaikan seawal mungkin. 

1. Anak-anak suka sekali mendengar kata-kata indah seperti pantun, nyanyian, puisi, syair. Masa yang sesuai diperdengarkan ialah semasa bermain dan menidurkan.

2. Anak-anak sukakan buku berwarna-warni dengan gambar binatang dan lain-lain. Carilah buku-buku yang cantik, tahan kotor, kulit tebal, supaya tidak mudah koyak. 

3. Buku-buku sesuai diberikan apabila anak-anak sudah bersedia memegang buku iaitu berumur satu tahun ke atas. 

4. Bagi kanak-kanak dua tahun ke bawah, selain dari buku-buku bergambar, sesuai ditunjukkan flashcard dengan gambar-gambar. Ibu bacakan gambar-gambar dan buat ujian terhadap daya ingatan mereka. Poster-poster juga sesuai.

5. Buku-buku hendaklah mempunyai gambar-gambar yang jelas menunjukkan benda atau bentuk yang dimaksudkan. Seelok-eloknya gambar benda-benda yang biasa dilihat.

6. Cara membaca bersama anak ialah dengan memangku anak-anak anda dan buka halaman demi halaman, sambil menunjukkan gambar.

7. Gunakan suara yang terang dan jelas mengikut sebutan yang betul-gunakan bahasa baku, bukan bahasa pelat.

8. Peringkat ini bukannya hendak mengajar membaca, yang penting ialah mengenali bentuk buku, cara memegang buku dan menyayangi buku.

9. Apabila anak berumur tiga tahun ke atas, ibubapa boleh mengajar anak memegang pensel atau menulis dan membaca buku cerita bergambar.

Peranan ibubapa sebagai 'pendorong pembacaan' wajar diterima dengan hati yang terbuka dan bertanggungjawab. Iaitu tanggungjawab menerapkan ilmu pengetahuan dengan membaca. Sedangkan ayat al quran yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW ialah Al-Iqra (Bacalah).

Beberapa langkah yang boleh diambil ibubapa untuk mendorong anak membaca bersambung di sini

Thursday, 22 May 2014

Pengalaman bersalin anak pertama

Pengalaman bersalin anak pertama, memori terindah sepanjang hayat.

Hospital yang sesuai dah dicari, kelengkapan untuk bersalin pun sudah siap, hanya menunggu hari sahaja untuk bersalin. Saya dijangka bersalin pada 12Julai2010. Pada 9julai, keluarga dari kampung datang. Kami buat keputusan untuk bersalin dan berpantang di sini sahaja dan tidak balik ke kampung atas sebab-sebab untuk mempermudahkan urusan kedua-dua pihak.

Pada 10julai, saya mengajak suami ke Zoo Taiping membawa keluarga bersiar-siar, dan untuk memudahkan saya bersalin juga kerana banyak berjalan boleh membantu proses untuk bersalin. Habis satu zoo kami berjalan kaki sahaja, ajaibnya saya tak rasa penat pun tetapi seronok pula. Tetapi kasihan pula emak dan ayah saya yang sekejap-sekejap berhenti rehat kerana penat berjalan. Maklumlah zoo taiping ni bukannya kecil, tetapi nasib baik ada banyak pondok untuk berehat. Suami saya pun penat juga berjalan katanya.

Esoknya 11Julai, jam 7 pagi, perut saya terasa sakit. Tak tahu nak gambarkan sakit macam mana. Saya fikir nak buang air sahaja, jadi saya masuk ke tandas dan buang air besar. Agak lama juga saya di tandas sebab saya fikir selagi tak habis buang ni perut akan sakit. Bila dah habis semuanya saya masih rasa sakit perut. Emak saya bagitau, dah dekat dah tu nak bersalin. Memandangkan saya pun tak pasti jadi saya teruskan kerja rumah seperti biasa, basuh kain, angkat kain, jemur kain, dan sempat pula lipat kain yang diangkat. Masa tu sakit perut datang sekejap-sekejap dalam anggaran 15-10 minit. Jadi jika sakit saya akan baring, dan selepas sakit hilang saya sambung mengemas kain.

Kemudian sakit datang semakin kerap. Dan semakin kuat. Saya fikir mungkin inilah contraction namanya. Saya tengok jam sela masa sakit tu adalah setiap 10 minit. Apalagi saya terus panggil suami untuk cepat-cepat ke hospital. Waktu itu saya memang dah tak berselera nak makan. Emak saya paksa makan juga, jadi sempatlah makan sekeping pisang goreng sebelum bertolak. Saya, suami, emak dan ayah bersiap untuk ke hospital bersalin pulau pinang.

Dalam kereta sakit semakin kuat dan tetap setiap 5 minit. Tak tahu nak digambarkan memang sakit rupanya contraction ni. Suami dah kelam kabut bawa kereta, tak sedar rupanya kami kena saman dalam perjalanan sebab laju sangat! Sampai di hospital doktor check bukaan dalam 3-4cm, buat prosedur seperti cucuk jarum kat tangan dan lain-lain. Bila minta nak buang air kecil nurse siap pesan jangan teran takut terkeluar anak. Kemudian saya terus dimasukkan ke labour room. Kena tukar baju kat situ, pakai baju hospital, dan berbaring atas katil seorang diri sementara suami uruskan hal di luar. Emak dan ayah menanti di surau sambil solat hajat dan baca quran. Suami saya sejak awal masuk kat kaunter, kemudian kepada nurse yang uruskan kemasukan saya, semua dia minta supaya yang uruskan saya doktor atau nurse perempuan. Alhamdulillah mungkin sebab suami minta dengan elok dan baik jadi mereka tiada masalah untuk membantu.

Menanti bukaan 10cm, adalah tempoh masa yang sangat memeritkan. Jam 12 tengahari saya masuk, pada awalnya saya seorang sahaja. Masa tu nurse uruskan katil, pasang itu ini, kemudian ada lah seorang nurse lelaki ni masuk. Cepat-cepat nurse perempuan tu tutup kangkang saya dengan kain taknak bagi dia tengok. Maksudnya apa tu, maksudnya yang lelaki tu saja masuk tanpa keperluan pun nak tengok-tengok. Sabar ajelah. Kemudian baru suami dibenarkan masuk. Bila suami ada di sisi barulah rasa sedikit tenang. Suami banyak membaca quran, istigfar dan memberi kata semangat. Tapi tak tahulah di tengah-tengah sakit contraction tu bila suami asyik ulang sabar...sabar... saya jadi rimas dan buat isyarat tangan di mulut suruh dia diam. Huh tak baik sungguh. Kecik juga hati dia katanya. Nasib baik suami faham saya tengah emosi tak stabil. Saya rasa nak menjerit kuat-kuat setiap kali kontraksi, tetapi malulah nak jerit-jerit macam tak betul pula. Saya cuma tarik besi katil kuat-kuat, dan nangis, dan nangis. Bila nurse datang saya merayu rayu minta cepat sambil ulang sakit...sakit.. . Memang sangat sakit bukan main-main. Last sekali nurse tu cucuk ubat tahan sakit apa nama tak pasti lah. Yang pastinya lepas tu saya terus rasa mengantuk. Tapi tetap sakit bila kontraksi.

Masa tengah sakit tu, perasan ada lagi seorang lelaki nak masuk. Tak pastilah doktor ke, pembantu perubatan ke, nurse ke. Tapi suami cepat-cepat ke pintu bagitau dia elok-elok nak staff perempuan je kat sini. Jadi dia pun terus beredar. Jam 5.30 petang bukaan dah makin besar, dan rasa nak meneran tu tak dapat ditahan dah. Sebelum tu setiap kali kontraksi memang sakit buat kita rasa nak teran tapi dah kena pesan awal-awal jangan teran lagi nanti koyak. Tapi kali ni memang tak tahan dah. Air kencing pun diorang dah sedut keluar awal-awal lagi untuk mudahkan bersalin. Nurse menjerit-jerit panggil doktor dan staff nurse lain masuk. Kali ni saya disuruh teran sebab katanya dah nampak kepala baby. Bayangkanlah saya tengah penat, lapar, dahaga, mengantuk nak kena teran. Berapa kali teran masuk balik. Tengah-tengah teran tu saya minta air sebab dahaga sangat. Dari pagi ke petang tak makan tak minum. Diorang cepat-cepat ambil air untuk saya minum. Tetapi menyesal la pulak minum air sebab bila teran air yang diminum tu macam naik balik nak tercekik rasa.

Nurse semua dah risau sebab tak keluar-keluar lagi, ramai pulak tu yang datang tengok nasib baik semua perempuan. Badan saya makin lemah, kemudian saya nekad nak teran sungguh-sungguh habiskan sisa tenaga yang ada, rasa macam nak pitam dah ni, macam nak habis nyawa dah. Yang terakhir sekali tu saya teran sekuat hati bila datang kontraksi, dan sejurus kepala baby keluar, badannya pun meluncur sekali ikut keluar. Alhamdulillah tak tergambar leganya perasaan mendengar tangisan anak saya. Dalam keadaan tu pun saya masih mengantuk lagi. Anak kami disahkan lelaki, dan kemudian doktor teruskan dengan keluarkan uri dan jahit luka episotomi. Masa tu saya dah tertidur balik kesan ubat tu, tak kisah dah apa yang berlaku. Sedar-sedar doktor nak habis jahit dah, baby dah ada di tepi katil berbalut macam takut-takut senyap je dia. Nurse ambil untuk saya bagi susu.

Dapatlah dia minum susu kolustrum yang keluar masa tu. Bila letak kat dada je terus dia hisap sungguh-sungguh. Comel sangatttt (masa tulis ni saya nampak balik saat indah tu dan rasa nak baby sorang lagi la pulak, alamak!). Kemudian lepas siap semuanya, nurse bawa dengan wheelchair, naik lif, ke bilik ada dalam 8 orang kot. Bilik individu penuh jadi duduk di situ sahaja. Selepas suami dan keluarga dah pulang, saya terus sambung tidur. Tak fikir nak makan nak minum semua dah, lagipun dengar macam nurse bagitau waktu makan malam dah lepas. Saya pun penat sangat tak fikir dah terus tidur. Nasiblah anak saya ammar ni rupanya sangatlah baik dan memahami. Langsung dia tak menangis sepanjang malam. Jika nak susu dia cuma menganga mulut macam anak burung, pusing kiri kanan cari susu kemudian saya terus bagi dia hisap sampai dia tidur. Dekat tengah malam baru saya terjaga balik sebab badan rasa tak selesa peluh semua tak mandi lagi. Terus saya pergi mandi air sejuk malam tu, teruk sungguh kan nasib baik takde masuk angin ke, sakit urat ke, bentan ke. Maklumlah pengalaman pertama serba tak tahu walaupun pernah baca tapi bukan semua kita terus ingat. Lepas mandi sempat makan satu bar coklat yang saya bawa bekal. Itu ajelah alas perut lepas bersalin kemudian terus sambung tidur dengan selesa di samping Ammar yang juga nyenyak sampai ke pagi esoknya.

Esoknya akak katil sebelah saya terkejut tengok ada bayi kat sebelah, katanya tak menangis pun ingatkan saya tengah tunggu giliran nak bersalin. Maklumlah saya tidur tutup langsir keliling. Baik sungguh Ammar senyap je. Sedangkan ada bayi di katil hadapan saya menangis tak henti sepanjang malam samapaikan saya tengok mak dia pun tertekan sangat walaupun dah diberi susu, dibantu nurse, tetapi tak henti menangis. Rezeki saya Ammar tidur nyenyak malam tadi. Kemudian pagi-pagi nurse mandikan Ammar, selepas makan pagi doktor buat pemeriksaan. Ammar belum kencing lagi jadi kami tak boleh keluar lagi. Masa tu saya seakan tak percaya dah jadi ibu, sepanjang masa tenung wajah Ammar dengan penuh teruja tak sangka dah beranak. Suami kat rumah tak payah ceritalah tak sabar-sabar nak jumpa Ammar. Sekejap je semalam dia sempat pegang kemudian terpaksa balik. Tidur malam termimpi-mimpi. Pagi lagi suami dah sampai dengan mak ayah tengok Ammar yang comel.

Malam tu suami usahakan untuk dapat bilik individu. Nasib baik ada yang keluar jadi dapatlah bilik tu. Awalnya rancang emak yang akan temankan saya sebab Ammar tak kencing lagi tak boleh balik. Kemudian tukar rancangan suami duduk kat bilik tu dengan saya dan petang tu suami balik hantar mak dan ayah kemudian datang balik. Agak jauh perjalanan tapi tak terasa jaraknya sebab seronok nak tengok anak. Sepatutnya suami tak boleh temankan tetapi atas budi baik guard dan nurse kat situ, suami dibenarkan bermalam di situ. Bilik kat situ besar dan selesa. Ada katil, bilik air lengkap dengan pemanas air, sofa dan meja. Malam tu pakar kanak-kanak dipanggil sebab Ammar masih tak kencing. Diorang ambil Ammar bawa ke bahagian wad kanak-kanak. Suamilah yang ikut pergi sana-sini, saya tunggu di katil sahaja. Kata suami, macam-macam cara mereka buat, tapi Ammar tetap tak kencing. Akhir sekali masa nurse pakaikan balik lampin Ammar, Ammar terus pancut kencing kena betul betul kat nurse tu. Menjerit-jerit diorang terkejut, haha nakal juga anak ummi ni ye.

Ammar kena tahan kat wad tu sebab ada simptom kuning pula, jadi dia kena letak di bawah lampu sepanjang malam. Suami bawa saya untuk bagi susu kat Ammar dan kemudian terpaksa tinggalkan dia di bawah lampu. Sedih sangat tau tengok dia nangis-nangis pakai lampin je duk dalam tu sambil mata ditutup. Tentu dia sejuk sangat tapi saya pun tak dapat lama di situ sebab masih sakit dan perlu baring. Esoknya pagi-pagi datang tengok Ammar dan saya duduk di situ menanti keputusan doktor. Kasihan sangat melihat ramai bayi yang menangis dalam tu mak ayah tak ada pun. Nurse pun tak larat nak dukung sorang-sorang jadi dibiarkan sahaja. Semua duk menangis. Sedih sangat saya rasa sampai menitis air mata, sambil susukan Ammar kat situ. Kemudian doktor bagitau kuning Ammar dah turun jadi terus boleh keluar hari tu. Syukur Alhamdulillah. Sebelum keluar doktor periksa jahitan dahulu, seperti biasa suami minta awal-awal supaya doktor perempuan yang periksa. Datanglah doktor perempuan dan dia periksa sambil puji cantiknya siapa yang jahit ni. Saya pun tak tahulah maksud jahitan yang cantik pada mereka sebab saya gerun nak tengok. Yang pastinya jahitan biasalah kan takdelah jahitan mata lalat, mata belalang macam jahit baju kurung tu.

Begitulah serba ringkas kisah yang masih segar sampai ke hari ni, pengalaman bersalin anak sulung. Yang pastinya saya sangat bersyukur kerana dikurniakan suami yang sangat memahami, sangat membantu, dan sangat menjaga maruah isterinya. Sungguh terasa sangat dihargai dan disayangi dengan sepenuh hati. Masyaallah, rahmatilah pernikahan dan rumahtangga kami ya Allah hingga ke syurga. Semoga anak ummi menjadi anak yang soleh semuanya amin.

Yang saya perasan jika kita minta elok-elok cara yang baik muka manis, nak doktor perempuan, nak itu ini, mudah sahaja nurse dan doktor tu nak bagi. Malah tak ada pun yang berkasar semua baik-baik sahaja. Malah akak kat katil sebelah saya yang malam pertama tu, siap dibantu nurse untuk perah susu dada secara manual. Sebab nak bagi kat anak dia yang ditahan kat wad sebab kuning. Yang pastinya hospital bersalin pulau pinang memang bagus, perkhidmatan yang terbaik, cekap dan sangat mesra bayi. Diorang ada bekalkan bekas plastik jika ibu nak perah susu, dan ibu boleh simpan susu yang diperah di peti sejuk khas. Cumanya tempat tinggal kami dengan hospital ni agak jauh jadi untuk anak kedua kami memilih untuk bersalin di hospital swasta yang berdekatan pula.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah ^__^

Memilih hospital bersalin anak pertama

Beberapa bulan sebelum bersalin, suami dan saya sibuk mencari hospital yang bersesuaian untuk bersalin.  Kami duduk di Nibong Tebal. Ada banyak pilihan hospital kerajaan dan swasta berdekatan. Ciri-ciri hospital bersalin yang kami mahu adalah yang mesra bayi, suami boleh masuk ke tempat bersalin, banyak doktor perempuan, dan semestinya berdekatan serta perkhidmatan yang baik & lengkap. Demand sungguh ya, haha. Tiada salahnya kita mahu dan usahakan yang terbaik kan.
Jadi kami menyenaraikan pilihan hospital yang ada dan membuat pemilihan. Caranya pemilihan ini dibuat kami bertanya orang yang pernah bersalin di tempat tersebut, kawan-kawan, dan menelefon hospital tersebut untuk maklumat lebih lanjut.

1. Hospital Parit Buntar -
walaupun sangat dekat dengan rumah dalam 5 minit. Tak dinafikan perkhidmatan di Hospital ini bagus, tetapi ada kawan saya ni mak dia jururawat di situ selalu bercerita macam-macam kisah orang bersalin di situ, haha. Tiada jaminan doktor perempuan. Lagipun jika ada kecemasan kami akan dirujuk ke Hospital Taiping yang agak jauh.

2. Hospital Sungai Bakap - Saya tak pernah pergi ke hospital ni, tetapi dengarnya suami tak boleh masuk tempat bersalin. Tak biasa walaupun dekat juga dalam 5-10minit. Kemungkinan doktor perempuan juga tidak pasti.

3. Hospital Seberang Jaya - Dalam setengah jam dari rumah. Suami tak dapat masuk tempat bersalin. Malah khabarnya pesakit sangat ramai. Ada yang bersalin di koridor sebab tak cukup tempat. Maklumlah kawasan seberang jaya ni sangat padat dengan penduduk.

4. Hospital Taiping - Saja survey. Sangat jauh hampir 2 jam. Hospital mesra bayi.

5. Hospital Bersalin Pulau Pinang - Perjalanan dalam 30 minit - 1 jam bergantung kepada trafik. Hospital mesra bayi. Suami boleh masuk tempat bersalin. Ramai kakitangan perempuan, peluang besar untuk dapat doktor perempuan. Ramai pakar yang boleh dirujuk jika ada masalah. Hospital bersalin ini berasingan daripada Hospital Besar pulau pinang jadi lebih selesa dan tidak sesak. Malah disebabkan ramai warga Pulau Pinang adalah Chinese dan golongan yang lebih berkemampuan jadi mereka lebih suka bersalin di hospital swasta. Jadi Hospital bersalin ini memang pilihan terbaik untuk kami.

Hospital swasta juga ada yang berdekatan tetapi untuk anak sulung kami memilih hospital kerajaan memandangkan ini pengalaman pertama dan bersedia untuk segala kemungkinan. Antara hospital swasta berdekatan;

1. Dewan Bersalin Muslimah
2. KPJ Penang
3. Hospital Bagan

Setelah mendapat keputusan untuk ke Hospital Bersalin Pulau Pinang, kami terus membuat lawatan dan mencetak peta untuk ke sana. Dulu telefon tak canggih tiada GPS. Mencari jalan yang paling cepat dan mudah. Sebanyak 3x kami ke sana sebagai persediaan supaya tidak sesat nanti. Kali pertama kami sampai, suami bertanya di kaunter tentang prosedur bersalin, tentang cara untuk mendapat doktor perempuan dan lain-lain. Kali kedua dan ketiga pula kami hanya pusing-pusing sambil berjalan-jalan ke Penang.

Cerita bersalin di hospital ini disambung di post seterusnya.


Wednesday, 21 May 2014

Pengalaman mengandung anak pertama

Menanti kelahiran anak sulung adalah sesuatu yang sangat mengujakan. Maklumlah pengalaman pertama jadi tentulah kita ternanti-nanti dan tertanya-tanya bagaimana proses mengandung dan bersalin tu.

Saya disahkan mengandung selepas 3 bulan diijabkabulkan. Fasa kehamilan yang saya alami agak teruk kerana mengalami mabuk teruk sehingga bulan ke 3 kehamilan. Masa tu nak makan apa pun tak boleh. Badan jadi letih dan lesu. Sampai satu tahap badan saya tak dapat terima langsung sebarang makanan dan minuman. Bayangkan dari pagi sampai ke malam saya muntah teruk, sedangkan saya rasa dahaga dan lapar tetapi apabila minum pasti air akan dimuntahkan balik.

Dalam tempoh ni memang terasa sangat menderita sampai saya nekad taknak mengandung dah lepas ni. Nekad tu. Nak tidur tak dapat, nak baring, nak duduk, berjalan semua tak kena. Saya asyik menangis sepanjang masa dan menangis lagi dan lagi. Malamnya badan saya semakin lemah sebab tak ada apa-apa makanan dan minuman boleh masuk. Sampailah saya muntah sampai berdarah, terus suami bawa saya ke hospital terdekat masuk ke bahagian kecemasan.

Masa tu doktor bagi minum secawan air putih pekat untuk gastrik, dan cucuk ubat tahan muntah. Lepas buat ujian air kencing, saya kena tahan di wad sebab kekurangan air dalam badan. Ajaibnya lepas kena cucuk ubat tahan muntah tu saya semakin baik dan tak muntah. Suami saya balik untuk mengambil barang-barang yang diperlukan dan saya minta dia belikan sebotol air mineral untuk saya. Sebotol besar, sebab sangat dahaga. Semasa masuk ke wad, semua orang sedang nyenyak tidur, lampu semua pun dah padam. Suami tinggalkan saya dengan berat hati. Ye lah kat situ tak dapatlah dia temankan sebab wad biasa. Kasihan suamiku terpaksa tidur seorang diri malam tu.

Selepas suami pulang saya terus minum air sebotol besar tu hampir habis. Tak tahulah nak cakap macamana nikmatnya, macam tak pernah minum air. ALHAMDULILLAH !! Dan malam itulah malam yang paling best saya dapat tidur lena.

Rupa-rupanya ada yang lagi teruk alahan mengandung daripada saya. Dalam wad tu ada seorang ibu ni, sepanjang malam dia muntah. Walaupun sekejap-sekejap tidur saya terganggu, tetapi tak menjadi masalah saya teruskan sahaja tidur dengan lena. Waktu siang pun dia tak henti muntah. Makan sikit muntah. Kata nurse, itu kehamilan ke 4 dan memang ibu tu akan alami alahan sampai bersalin. Masyaallah saya yang sebelum ni rasa sangat menderita terus insaf sebab rupanya ada yang lagi teruk alahannya. Malah saya pun tak muntah sepanjang di dalam wad kerana disuntik ubat tahan muntah.

Inilah pengalaman kali pertama dalam hidup saya masuk wad. Macam-macam ragam dan kisah dapat tengok. Ada orang yang dah biasa keluar masuk wad. Ada yang anaknya menjaga rapi, bawa makanan macam berkelah, siap tukar bunga segar di pasu setiap pagi, dikunjungi orang sepanjang masa. Ada pula yang tiada anak datang melawat, tak mandi sepanjang hari sebab tiada yang menjaga, tak larat nak berjalan sendiri, dan hanya melihat orang lain dilayan dengan baik oleh anak mereka. Nampak riak sedih kat wajah makcik ni. Saya nak tolong mandikan pun tak dapat. Saya pun sedih juga sebab duduk jauh dari keluarga, hanya kawan yang datang melawat. Suami pula datang di waktu rehat kerjanya. Tak apalah yang penting semua baik-baik sahaja.

3 hari 2 malam di hospital,  tak muntah, makan dengan elok, dan dah 9 botol air masuk. Baru nurse nak masukkan botol ke -10, doktor sahkan saya dah boleh keluar. Alhamdulillah lega ! Ceritanya pagi tu ada kumpulan nurse pelatih bertugas masukkan ubat kat saluran yang diorang cucuk jarum kat tangan tu. Biasanya nurse yang bertugas buat tapi hari ni mereka nak melatih nurse baru agaknya. Gerun saya tengok nurse pelatih ni terkial-kial mencucuk jarum di tangan makcik katil sebelah saya. Berkali-kali, sampai darah menitik-nitik. Makcik tu dah mengaduh-ngaduh. Saya dah pucat tengok. Sikit lagi dia nak datang cucuk saya pula, terus saya bagitau doktor kata saya boleh keluar harini. Walaupun tak confirm lagi tapi saya bagitau jugak sebab takut. Lepas mereka check dengan doktor, doktor datang balik kat saya check sekian-sekian, kemudian saya pun disahkan boleh keluar. Jadi terselamatlah saya daripada nurse pelatih tu!

Ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Buka sahaja pintu rumah saya kembali dengan rutin harian, uwekkkk. Bertahan sahajalah sebab tak nak dah masuk wad. Selepas 3 bulan saya rasa teringin nak makan nasi dengan lauk pajeri nenas. Itulah nasi dan lauk pertama saya makan, habis sebungkus. Nasi, pajeri nenas dan ikan goreng. Itulah permulaan saya keluar dari fasa alahan mengandung ni. Memang perit dan menderita bagi yang mengalami sahaja yang tahu. Alhamdulillah walaupun teruk alahan dulu tetapi perkembangan bayi dalam kandungan tiada masalah.

Dan akhirnya saya dapat bersalin dengan baik dan mendapat seorang anak lelaki yang comel & berbulu lebat satu badan!


Genius State

Saya baru tahu rupa-rupanya ada satu term genius state merujuk kepada keadaan di mana anak kita sangat khusyuk dan fokus pada sesuatu benda.

Saya terbaca tentang genius state ini dari perkongsian Prof Dr Rozieta Shaary di facebooknya.

GENIUS STATE

Salam semua,

Pernahkah anda di dalam situasi ini?

Anda memanggil anak anda untuk melakukan sesuatu. Puas anda memanggil dia. Tetapi dia tidak langsung mempedulikan laungan anda seolah-olah dia tidak mendengar langsung. Bila anda datang kepadanya, anda dapati rupa-rupanya dia sedang asyik bermain. Terlampau asyik...geram betul hati anda!

Sebelum anda melenting marah kepadanya ketahuilah akan apa sebenarnya sedang berlaku.

Sebenarnya, sememangnya anak anda itu tidak dengar langsung akan panggilan anda kerana dia sedang 'asyik' atau 'khusyuk' atau nama saintifiknya ' Genius State'. It a good state to be. Especially bila dia dah besar nanti, dah pergi sekolah, bila dia belajar, kita mahu dia be in the genius state. So kalau masa kecil ni dia diganggu bila dia dlm state itu terutamanya dimarah, lama-lama dia tidak mahu lg kusyuk belajar. Dan tidak merasakan belajar itu menasyikan.

Itulah yg terjadi pada anak-anak di sekolah skrg. Krn semasa kecil, bila dia dlm genius state dia selalu dimarah, diganggu dan dihukum.

So, bila memanggil dia tidak dtg, pergi tgk apa yg sedang dia buat. Buat sama dgn dia. Lepas tu, ajak dia buat apa yg anda nak dia buat dan ajak lakukan dgn cara bermain.
Ini tidak pula sama dengan anak-anak remaja.





Jadi lepas ni kalau tengok anak tengah asyik main jangan dimarah pula ye. Tetapi kalau anak khusyuk menonton television tu saya rasa itu bukan genius state, tetapi pemusnah genius state dia. Sebabnya banyak kajian dibuat kanak-kanak yang banyak menonton tv ni kurang fokus di dalam kelas. Jadi sebagai ibu bapa kena ambil perhatian lah ye.

Tuesday, 20 May 2014

Doa Anak Bijak, Cerdik dan Mendengar Kata


Doa anak bijak, cerdik dan mendengar kata

1. Baca Al Fatihah 1x
2. Baca Ayat Kursi 1x
3. Baca surah al insyirah 1x
4. Baca Surah Toha ayat 1-5 , 1x

Kemudian hembuskan ke ubun-ubun anak, niatkan agar anak menjadi anak yang soleh, cemerlang, lembut hati, rajin belajar, rajin solat dan lain-lain.

ATAU

Baca surah Al Fatihah, Surah Toha ayat 1-5, diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3x,
Doa Nabi Daud : " Ya ALLAH, lembutkanlah hati anakku (sebut namanya), sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. "
Kemudian hembuskan pada makanan atau minuman atau susu anak.

ATAU

Ketika memasak sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari surah ali imran yang bermaksud " Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya"

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latif dan Ya Rahman berulang-ulang


***************
Saya sedang membaca buku Dasyatnya doa ibu. Jadi ibu-ibu kalau merasakan sukarnya mendidik anak jangan berputus asa tetapi banyakkan berdoa dan memohon pertolongan Allah kerana doa ibu sangat makbul insyaallah.

Panduan kepada ibubapa yang beli set bacalah anakku


Panduan kepada ibubapa yang sudah membeli set membaca ini, pastikan ibubapa menonton terlebih dahulu VCD panduan mengajar yang disertakan dalam set membaca Bacalah anakku dan juga Set Membaca Readeasy. Dan dalms etiap set juga ada buku dan kertas panduan ibubapa.

Kemudian boleh mulakan dengan mengajar buku siri 1 Bacalah Anakku dahulu. Set read Easy tu kita ajar selepas anak dah habis baca buku Bacaah Anakku sebab kedua set ini bunyi foniknya tidak sama antara bahasa melayu dan bunyi fonik bahasa inggeris. Ada beberapa huruf yang berbeza jadi pastikan fokus mengajar Bacalah Anakku dahulu.

Luangkan masa cuma dalam 5-15 minit sahaja setiap hari untuk proses mengajar membaca ini. Tetapi jika anak boleh duduk membaca lebih setengah jam itu sudah sangat bagus. Maklumlah sepanjang mengajar kanak-kanak di pusat membaca dulu, kebanyakan pelajar lelaki ni sangat cepat bosan dan hanya boleh fokus sekejap sahaja. Selepas itu mereka akan mula bising dan terpaksa diberi melakukan aktiviti mewarna dan melukis agar tak mengganggu pelajar lain.

Yang pentig konsisten ajar setiap hari walaupun cuma 5-10 minit sahaja. Itu sudah memadai. Jika tak dapat setiap hari pun, seminggu 3x juga sudah memadai. Lagi rajin anda mengulangkaji bersama anak, lagi cepat anak boleh membaca.

Percayalah, dengan kaedah fonetik ini, anak akan lebih cepat membaca, walaupun dia belum kenal semua huruf!


Mengapa nak guna Kaedah Fonetik? Kaedah fonetik adalah kaedah yang paling sesuai dengan kanak-kanak kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. Kajian telah menunjukkan bahawa otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membaca perkataan itu. 




Sunday, 18 May 2014

Bapa borek anak rintik

Kita selalu dengar kan kata pepatah ini, bapa borek anak rintik, mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, dan kata kiasan sebegini diungkapkan oleh orang-orang lama sebagai menunjukkan betapa pengaruh ibubapa sangat besar dalam pembentukan peribadi dan tingkahlaku anak-anak.

Bak kata Prof Rozieta, 

"Tidak perlu bersyarah untuk anak berakhlak mulia. Kita ini ibu bapanya yang lakukan dahulu. Walaupun sesama sendiri. Bila isteri menyendukkan makanan untuk suami, suami, pandanglah wajah isteri dan katakan terima kasih dengan penuh erti. Begitu juga bila suami membantu membuangkan sampah, isteri pula ucapkan ribuan terima kasih dengan senyum yang lebih manis dari gula. Mata-mata kecil itu melihat dan hatinya akan berkata, ' aku pun nak jadi seperti itu'. : )

Parenting is a serious matter but have joy and fun carrying it. "

saling bekerjasama
gambar ihsan google

Jom ibu ayah amalkan akhlak yang baik, jangan gaduh-gaduh depan anak. Kerana mata kecil itu sedang memerhati..

Saturday, 17 May 2014

Sedapnya ummi masak

Perkara yang paling menyeronokkan ketika saya memasak adalah apabila Ammar puji 'em...sedapnya ummi masak!'

Walaupun sebenarnya tidaklah sedap mana pun, tetapi setiap kali dia terhidu bau tumisan bawang atau apa sahaja yang dimasak, dia akan segera berlari ke dapur. Lepas tu sibuk nak cium bau masakan sambil tanya "ummi masak apa ni sedapnya bau".

Memang seronoklah tengok anak-anak tak sabar nak merasa masakan kita. Kalau rasa tak berapa sedap dan dia taknak makan, saya akan bagitau balik "yang ni lah ummi masak sedap tadi" . Lepas tu dia akan makan juga walaupun sedikit.

emm sedapnya bau..
Saya kongsikan di sini doa-doa dan zikir yang kita boleh amalkan seasa memasak supaya bukan sahaja sedap tetapi insyaallah berkat dan memberi pengaruh baik kepada anak. 

sumber carian doa : google


Doa Masuk Dapur 
رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. [18:10]


Doa Waktu Sukat Beras (Baca 3 kali)
الحَمدُ للهِ الَذي اطْعَمَنَا  مِنْ جُوعٍ

Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan daripada kelaparan.



Doa Buka Periuk (Baca 3 kali)
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ

Ya Allah berkatilah kami daripadanya dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya (At-Tarmizi 5/506. Sahih At-Tarmizi 3/158.)



Zikir Waktu Masak (Baca 3 kali)
لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ

Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (kiamat) selain Allah. [53:58]
(Kacau ikut lawan jam)
anamarzablog.com

Doa Potong Sayur & Buah(Baca 3 kali)
فَذَبَحُوهَا وَمَا كَادُوا۟ يَفْعَلُونَ

Maka mereka pun menyembelih ia, dan hampir-hampir mereka tidak menunaikan (perintah Allah) itu. [2:71]



Doa Letak Periuk/Kuali Atas dapur (Baca 3 kali)
فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [2:137]


Doa Simpan Beras (Baca 3 kali)
وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَابٍ

Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya. [3:27]


Doa Untuk Sedapkan Makanan(Baca 3 kali)
Selawat Nabi 3x (ALLAH HUMMASYALLI AALA SYAIYIDINA MUHAMMAD)
Istighfar 3x (ASTAGFIRULLAH HAL AZIMMM) 

Friday, 16 May 2014

Ajar Anak Menulis

Kemahiran menulis adalah sangat penting untuk diajar kepada anak selain kemahiran membaca dan mengira.

Kanak-kanak berusia lingkungan 1-2 tahun biasanya sudah dapat menggunakan motor halus mereka dengan memegang pen atau pensel dan menconteng. Kemudian pada usia 2-3 tahun mereka lebih mahir memegang pensel dan di waktu ini ibubapa boleh melatih anak mewarna. Proses mewarna ini sebenarnya latihan awal untuk mengajar anak menulis.

Jika anak sudah mahir mewarna dengan baik mengikut gambar tanpa terkeluar, ini bermaksud anak kita telah pandai mengawal pergerakan pensel tersebut. Jadi teruskan melatih anak menulis sehingga pandai.

Saya ingin kongsikan salah satu produk yang kami jual di BayiBijak iaitu set buku tulis dan padam.
Set buku ini merupakan produk kami yang mendapat permintaan yang sangat tinggi. Kelebihannya ialah anak boleh menulis di atas buku ini menggunakan marker pen, dan kemudian boleh memadam kembali tulisan tersebut dan menulis lagi dan lagi. Anak boleh menulis mengikut titik-titik halus yang ada. Malah gambar-gambar di dalam buku ini sangat cantik dan boleh menarik minat anak. Sambil menulis, anak boleh belajar membaca dan mengenal perkataan dan benda baru di sekelilingnya.

Set 8 buku tulis dan padam

Sejujurnya, inilah buku kesukaan anak-anak saya ! Amar dan azzam memang suka dengan buku yang berwarna warni ini, malah diorang semakin suka apabila tulisan mereka boleh dipadam kembali. 




Senarai tajuk dalam set ini : 

1.Mari Belajar Menulis Abjad huruf kecil 

2.Mari Belajar Menulis Abjad Huruf besar 
3.Mari Belajar Menulis Nombor, Bentuk dan Warna 
4.Mari Belajar Menulis Badan Saya 
5.Mari Belajar Menulis Binatang 
6.Mari Belajar Menulis Kenderaan 
7.Mari Belajar Menulis Buah-Buahan dan Sayuran 
8.Mari Belajar Menulis Jawi 



Setiap buku mengandungi 8 muka surat termasuk kulit buku

Apa Komen Pembeli Kami Tentang Buku Ini? 

KOMEN 1:
"Adik paling bongsu berumur 1 thn lebih menganggu adik pharez berumur 3 thn lebih yang sedang belajar menulis..namun x menjadi masalah kerana buku yang kotor & di conteng senang/mudah untuk d bersihkan...terima kasih kepada Pn. Noraini (Bayi Bijak) kerana memperkenalkan set buku ini...anak2 sukakannya. " - PN JUDITH JOLIS

KOMEN 2 : 
" As salam..
Sangat berpuas hati dengan koleksi buku tulis padam ni. Saiz buku yang amat sesuai dengan peringkat umur anak-anak saya (3+ & 5+) , gambar berwarna yang cantik dan sangat praktikal.. Anak-anak saya amat teruja dan sukakanya " - Pn Hafizah Hamzah


KOMEN 3 : 
"Terima kasih kepada BayiBijak kerana memperkenalkan aneka buku tulis dan padam. Ahmad Wirdas Iman begitu seronok apabila menerima bungkusan parcel yang dia anggap adalah hadiah harijadi dia. Ahmad Wirdas Iman menjadi lebih seronok dan bersemangat untuk belajar menulis dengan ilustrasi gambar yang menarik, warna warna ceria mampu menarik minat iman untuk terus tekun belajar menulis dengan bantuan ayahda iman. iman ckp ' eh boleh hilang yang iman tulis tadi'...hehe sungguh lucu..saya harap dengan adanya buku buku tulis dan padam ini iman semakin bijak menggunakan kemahiran motor spt menulis dan melukis dgb jayanya. Doakn iman yer..semoga thn depan iman dapat mempratikkn kemahiran ini apabila iman naik ke sekolah tadika ."


Ibu kepada Ahmad Wirdas Iman , 3 tahun 9 bulan

Lagi komen di sini 


Panduan Penting Kepada Ibu Bapa

1. Selepas anak siap menulis pastikan tulisan dipadam terus sebelum disimpan untuk memastikan buku sentiasa bersih

2. Seeloknya menggunakan whiteboard marker pen yang bersaiz kecil untuk memudahkan anak menulis dan sama saiz dengan pensel bagi membolehkan anak belajar memegang pensel dengan betul. Whiteboard marker diberi dalam pakej tetapi jika habis dakwat boleh dibeli whiteboard marker biasa di kedai berhampiran anda.

3. Jika anak suka menconteng dinding pastikan ibu meluangkan masa menulis bersama anak supaya anak tidak menconteng dinding rumah dengan marker pen. 

KELEBIHAN SET INI

1. Set buku ini mengandungi 8 buah buku yang berwarna warni dan menarik.
2. Boleh tulis dan dipadam kembali, sangat menjimatkan dan jika dijaga elok buku ini boleh digunakan untuk anak-anak yang lain.
3. Anak boleh belajar membaca, mengira, menulis, mengenal perkataan dan benda baru di sekelilingnya.
4. Diperbuat dari kertas yang kalis air. Tidak boleh diconteng oleh pen dan pensel hanya gunakan whiteboard marker sahaja.

TAWARAN MENARIK 



Promosi ; dengan pembelian Set buku tulis padam ini anda akan dapat percuma 3 marker pen dan juga buku mengenal huruf upin iin dan buku mewarna upin ipin!
Harga set ini hanya RM 63 SM/ RM 65 SS termasuk poslaju.

Cara Order ;
SMS/WHATSAPP/ Puan Aini 013 4036390 

terima kasih =)


Tuesday, 13 May 2014

Buat duit kertas

Ammar baru ada dompet sendiri. Dompet tu  diberi sebab saya baru tukar dompet lain jadi dia guna dompet lama saya tu. Seronoklah dia dapat dompet sendiri, kemudian sibuk membuka dompet saya nak mencari duit untuk dimasukkan ke dalam dompetnya. Aduh nampaknya ada masalah ni.

Apalagi terpaksalah mencari idea untuk mengelakkan dia memasukkan duit saya ke dalam dompetnya. Alahmdulillah akhirnya dapatlah idea untuk membuat duit kertas untuk ammar. Bahan-bahan yang diperlukan adalah gunting, kertas, pen dan pembaris.

duit kertas RM2

Inilah duit kertas yang dah ditulis dan belum digunting.

Ammar menggunting duitnya 
Proses membuat duit kertas. Dapat mengasah kemahiran motor tangannya. Ammar dapat menggunting mengikut garisan dengan baik.

menggunting ikut garisan

Sambil menggunting saya turut membantunya memegang kertas yang digunting supaya tidak ditiup angin. Jadi dapat meluangkan masa berkualiti sambil beraktiviti. 

banyaknya duit

Akhirnya Ammar dah ada duit sendiri. Setiap nilai duit berbeza warnanya. Anak boleh mengenal nombor, warna, belajar menggunting dan mengeratkan hubungan dengan anak.

Nanti kita buat aktiviti jualbeli dengan duit duit ini pula ye Ammar insyaallah bila ummi berkelapangan nanti.