Saturday, 24 May 2014

kita adalah apa yang kita baca

Percaya tak, apa yang kita fikir sekarang, apa sikap dan peribadi kita sekarang sebenarnya turut dipengaruhi oleh bahan bacaan yang pernah kita baca sejak kecil dahulu??

Kita adalah apa yang kita baca.
Begitulah juga anak kita akan jadi ikut apa yang dia baca.

Jadi sangat penting memilih bahan bacaan yang baik dan berkualiti untuk anak. Tak guna jika kita kawal anak tengok TV, kawal anak daripada main game, tetapi kita tak kawal bahan bacaan anak kita.
Pastikan buku-buku yang dibaca adalah yang mendidik rohani, minda dan jiwanya.

Jangan lupa berikan anak bahan bacaan tentang sirah Nabi, kisah para pejuang Islam dan kisah-kisah tauladan yang baik. Dalam kesibukan kita sebagai ibubapa dengan tugasan harian dan pelbagai tanggungjawab lain, bahan bacaan itulah yang akan membantu kita dalam membentuk dirinya menjadi lebih baik.


Ibu bapa pun boleh check balik buku-buku yang dibaca. Banyakkan membaca buku ilmiah berbanding novel yang tebal-tebal tu. Saya masih ingat di zaman remaja dulu, kawan seasrama dengan saya pengumpul novel tegar. Penuh koleksinya dengan novel-novel terbaru dan tebal-tebal semuanya. Saya pun terikut membaca novel sekali. Apa yang saya dapati, selepas baca novel tu tentu saya akan teringat-ingat lagi jalan ceritanya. Dan jalan cerita setiap novel memang banyak buat kita berangan-angan. Malah kawan saya tu siap karang novel fantasi dia sendiri! Tapi saya tak tahulah siap ke tak novelnya. Kalau siap teringin juga nak baca.

Satu lagi bahayanya baca novel ni, sebab dalam novel-novel saya baca ada kisah gadis dirogol, kemudian kahwin dengan perogol, atau berzina, mengandung dan kahwin, ditentang keluarga, atau disisihkan dan penamatnya berjaya merebut hati suami atau isteri. Atau hubungan terlarang lain. Dalam tak sedar, pembaca novel yang rata-ratanya sangat muda remaja menyematkan di minda beginilah jalan hidup mereka dalam bercinta. Ditentang keluarga atau suami playboy atau isteri playgirl tetapi lama-lama bahagia. Benda yang sepatutnya salah dan dilarang agama diolah dalam sebuah novel dengan menarik hingga watak-wataknya diminati. Ini novel-novel yang saya baca dahulu lah, sekarang saya tak pasti bagaimana pula jalan ceritanya.

Namun begitu tak dinafikan ada penulis novel yang bagus-bagus juga, dan ada banyak genre berbeza.  Pilihlah yang mana anda rasa bagus untuk perkembangan minda masing-masing.

Tetapi saya tidaklah sangat banyak membaca buku ilmiah pun, masih banyak yang saya tidak tahu dan belum baca. Doakan saya agar lebih rajin membaca ye :-)

Saya nak mengajak kita semua membaca kisah adik Ahmad Ammar menemui syahid di bumi Turki dalam misi untuk mempelajari dan mendekati sejarah khilafah uthmaniyyah dan sejarah Islam yang sebenar.  Moga-moga perjalanan hidupnya menjadi inspirasi buat anak-anak kita dan kita sendiri.

Jangan lupa beli buku tentang adik Ahmad Ammar ini sebagai hadiah untuk anak kita nanti.  Boleh dibeli di kedai-kedai buku berhampiran anda. 








2 comments:

  1. tersedak saya sekejap. Tapi secara peribadi - penulis novel juga mendukung tanggungjawab untuk menulis sesuatu yang baik sebagai dakwah.
    ya tidak dinafikan habuan wang adalah matlamat utama, namun harus seiring dengan peranan kita sebagai khalifah Allah - menyampaikan dakwah, pengajaran dan teladan dengan cara masing-masing.
    Wallah hu alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya puan betul tu tanggungjawab penulis samada penulis blog, novel , majalah dll sangat besar. Saya akui ada juga penulis novel yang bagus,yang saya maksudkan tu penulis novel cinta yang saya baca di zaman remaja dahulu.

      apapun terima kasih atas komen :-)

      Delete