Pages

Tuesday, 6 May 2014

Tip Merawat Demam Anak

Bismillahirrahmanirrahim,

Disebabkan kelmarin anak saya demam, jadi banyaklah saya mencari maklumat tentang cara untuk merawat demam anak ini. Bukan tak pernah tahu cara merawat anak demam, tetapi setiap kali anak demam memang saya agak risau maklumlah sekarang ni kan macam-macam penyakit yang pelik-pelik melanda.

Setiap kali mencari pasti tips pasti akan terjumpa tips dan cara yang baru dan berlainan. Jadi saya kongsikan di blog ini khas untuk rujukan saya sendiri di masa akan datang serta untuk rujukan ibu-ibu lain juga.

KENAPA DEMAM ?

Mula-mula saya nak cerita tentang demam ni dulu. Pakar mikrobiologi Perancis, Dr. Andre Lwoff dalam kajiannya pernah menyatakan jangan sesekali hentikan demam kerana demam adalah penawar kepada pelbagai penyakit.

Kemudian menurut Dr Zulkornain Ahmad pula, demam ni bukanlah penyakit. Jauh sekali musuh. Ia merupakan proses semulajadi tubuh untuk membersihkan diri. Apabila sel darah putih menentang toksin di dalam darah, kadar metabolisme semakin cepat & mengakibatkan tubuh menjadi demam. Dengan kata lain, demam ni tindakbalas tubuh terhadap kuman, bakteria, virus yang masuk ke dalam tubuh & menandakan mekanisme pertahanan tubuh kita sedang bekerja dengan baik. Semasa demam, zat interferon akan keluar dari tubuh untuk bersihkan tubuh kita daripada bakteria. Macam bakteria ni mudah membiak dalam suhu badan normal, jadi sistem pertahanan badan akan menaikkan suhu bagi memperlahankan pembiakan bakteria, dalam masa yang sama penghasilan antibodi akan terus meningkat apabila suhu badan meningkat.

Selain itu demam bermanfaat untuk menurunkan kadar zat besi dalam tubuh sedangkan kuman memerlukan zat besi untuk hidup & berkembang. Mekanisme ini dapat melemahkan kuman penyebab jangkitan. Selain itu setiap kali sembuh daripada demam, antibodi badan kita akan meningkat. Jadi nampaknya demam ni sangat bagus untuk tubuh badan kita.

GEJALA YANG HARUS DIAWASI : 

Apapun gejala demma yang merbahaya seperti berikut harus diawasi dan dirujuk kepada doktor.

  1. Demam melebihi 3 hari
  2. Buang air kecil tak sebanyak kebiasaan
  3. Warna mata menjadi kekuningan
  4. Batuk terlampau lama
  5. Tidak boleh makan atau minum
  6. Batuk disertai muntah
  7. Sesak nafas
  8. Merasa keliru

PENAWAR DEMAM SEMULAJADI : 

1. Asam jawa -Ambil asam jawa yang dicampurkan sedikit air, ramas sehingga menjadi jus pekat. Sapukan pada bahagian ubun-ubun. Biarkan hingga kering

2. Daun lidah buaya - Ambil daun lidah buaya, keluarkan lendirnya & sapulah pada bahagian kulit kepala & seluruh badan. Lakukan berulangkali.

3. Tembikai - Tembikai merupakan buah yang kaya dengan vitamin C. Ia mampu membantu tubuh melawan jangkitan dan sifatnya juga menyejukkan badan. 

Bersambung....


No comments:

Post a Comment