Tips supaya anak tidur awal secara rutin
Tips ini saya dah lupa dari mana sumber asalnya, tetapi saya save di file khas untuk rujukan. Kini saya kongsikan di blog khas untuk perkongsian dengan ibu-ibu yang mungkin memerlukannya dan panduan saya sendiri.
Memastikan anak tidur awal sangat penting terutama apabila anak sudah bersekolah. Tidur awal dan cukup akan membantu badannya mendapat rehat yang cukup, jadi anak akan lebih fokus di dalam kelas dan emosinya akan lebih stabil berbanding jika tidak cukup tidur.
Langkah-langkahnya merutinkan tidur anak ialah:
1.Tetapkan waktu tidur pukul berapa...ianya mestilah masa
yang sama setiap hari.
2.Hentikan aktiviti/permainan anak 30 minit sebelum waktu
tidur yang telah ditetapkan.
3.Suramkan lampu bilik anak anda.
4.Mandi, gosok gigi, baca buku atau bercerita ringkas setiap
kali sebelum tidur adalah 'clue' bagi anak anda bahawa selepas itu dia perlu
tidur.
5.Puji anak anda keesokan paginya kerana mematuhi waktu
tidur.
Rutin di atas hendaklah dimulakan sejak anak memasuki
peringkat 'toddler' (merangkak dan mula hendak bermain sendiri).
Jika anak mengalami masalah/gangguan ketika hendak tidur,
amalkan :
Surah Al-fatihah dan Ayatul Kursi sekali, dihembus ke
seluruh badan anak.
Surah 3 Qul, hembus ke tapak tangan anda, kemudian usap
tubuh anak (3kali berturut-turut) .
Lebih baik diamalkan sebelum tidur setiap malam, termasuk
doa hendak tidur dan bangun tidur di waktu pagi.
Bagaimanapun mungkin lain orang lain caranya. Saya pasti ramai ibu-ibu lain
No comments:
Post a Comment