AMALAN SUPAYA ANAK TIDAK DEGIL (sesuai juga utk org yg rapat
dgn kita spt isteri @ suami)
1. Semasa anak, isteri @ suami kita sedang tidur inilah
waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran
bawah sedarnya (subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur
hanyalah conscius mind (minda sedar).
2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian
sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang ingin anda
nasihati.
3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas
junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan
berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah diputuskan
zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak
sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya
nasihatinya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak
bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang
anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama
dengan nasihat anda.
5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima
pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah anda berjaya
dengan kaedah ini dengan pertolongan Allah SWT.
Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man),
seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan,
bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa
Imam Abu Hanifah "saya didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan".
Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin
manusia yang belum dilahirkan sudah dididik. Namun apa yang ingin disampaikan
oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya
juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.
*Mengikut logik akal, acuan yang bulat mana mungkin
menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka
adalah cermin kepada diri kita sendiri.
Sumber dari Portal Muslimah: hanan.com
No comments:
Post a Comment