Ini kisah pengalaman saya bujang-bujang dahulu..
Tahun 2007 lepas grad, saya berkelana ke Perak mencari pengalaman bersama sahabat yang membuat bisnes tanaman cendawan. Tetapi misi saya bukan untuk menanam cendawan, sebaliknya mengisi waktu terluang dengan pengalaman baru sebelum mendapat pekerjaan yang sesuai. Berada di sebuah kampung, saya bersama seorang lagi sahabat berjalan dari rumah ke rumah untuk bersilaturahim serta menawarkan kelas mengaji al quran serta tuisyen di rumah sewa kami. Menariknya orang kampung sangat mengalu-alukan kami dan berminat untuk menghantar anak mereka. Kami yang pertama membuka kelas mengaji al quran, serta tuisyen mengajar pelajar upsr dan pmr di situ.
Selang beberapa minggu , kami didatangi seorang ibu yang meminta saya buat tuisyen khas utk 3 anaknya darjah 5, 4 & 2 kalau tak silap saya. Tetapi ibunya tidak mahu dicampur dengan pelajar lain dan mereka sanggup membayar yuran lebih untuk anak mereka. Bermulalah kisahnya, setelah hampir sebulan belajar, mereka masih tak tahu membaca sedangkan ibu bapa mereka mengusahakn perniagaan yang berjaya di situ. Saya mengajar mereka menggunakan buku yang mereka bawa.
Waktu itu saya mengajar seperti biasa mengeja. Sebab itulah kaedah yang digunakan dari dulu hingga sekarang. Bermacam cara saya ajar tapi hari ni ingat esok dah lupa. Saya pun jadi stress. Jauh benar nak tengok kemajuan mereka. Berbulan-bulan saya ajar dan berusaha tapi tak berhasil. Tambahan pula mereka pun datang belajar waktu petang, waktu untuk bermain jadi sukar untuk menumpukan perhatian. Pengalaman ini juga baru bagi saya yang selama ini tidak pernah mengajar kanak-kanak membaca.
Malang sekali tidak lama selepas itu saya terpaksa berpindah ke tempat lain. Maka tidak dapatlah saya melihat mereka pandai membaca.
Kemudian awal tahun 2012 saya bertemu dengan kawan yang dikenali di facebook, iaitu Puan Rohayati. Kebetulannya beliau satu batch dengan suami saya di universiti dulu. Beliau mengusahakan pusat membaca khas untuk pelajar usia seawal usia 4 tahun di Nibong Tebal, Penang. Ramai yang datang belajar membaca, dari usia 4 tahun hingga ke darjah 6 yg buta huruf. Menakjubkan budak usia seawal 3 tahun majoriti paling cepat dapat membaca berbanding usia yg lebih tua.
Ini sesuatu yang amat menarik bagi saya yang baru mengenali bidang pendidikan awal aknak-kanak, merangsang bayi serta potensi bayi. Jika didedahkan membaca dari usia awal, mereka sangat mudah untuk mengikut dan membaca. Dan untuk usia lain mereka semua dapat membaca dengan baik setelah sebulan dua diajar. Saya sangat teruja mendengarnya. Alhamdulillah kini saya turut mengajar di pusat membaca itu.
Kalaulah dulu saya tahu kaedah ini, tentu saya dapat mengajar mereka membaca dengan baik. Saya doakan mereka sekarang dah pandai membaca dan berjaya dalam pelajaran dan dalam hidup mereka.
Malah saya sendiri dah ajar anak saya usia 3 tahun , dia dah boleh baca sampai mukasurat 20 ! Insyaallah saya akan kongsikan lebih lanjut tentang teknik membaca ini di entry seterusnya.
UPDATE : Saya dah kongsikan sambungannya di sini
Monday, 11 November 2013
Tuesday, 5 November 2013
Ibu moody, kesan kepada anak
Percaya atau tidak,
mood seorang ibu sangat memberi pengaruh kepada sesebuah keluarga. Seorang ibu
yang periang akan memberi pengaruh emosi yang baik kepada anak-anak. Jadi anak
akan kurang meragam dan senang dipujuk. Malah suami pun akan seronok berada di
rumah dan bermesra dengan keluarga. Tetapi bila seorang ibu sedang mengamuk dan
mood sedang tertekan, bermasam muka, maka pengaruh emosi negatif ini akan
segera meresapi keluarga. Anak dan suamilah yang akan menerima kesannya.
Wah, bukan senang
menjadi seorang isteri merangkap seorang ibu ni. Semasa mengikuti kursus pra
perkahwinan dulu, kita turut diajar tentang stress dan cara menangani stress
dalam rumahtangga. Sebelum kahwin belajar teori sahaja dan tidaklah mengambil
berat sangat kerana semasa kursus tu hanya terbayang alam perkahwinan yang
indah belaka. Namun realiti tidaklah seindah yang dimimpi, dan ujian lebih
besar lagi menanti jika tidak berjaya mengurus emosi dengan baik.
Orang perempuan cepat
terbawa dengan emosi. Tambahan lagi setelah mengandung dan mempunyai anak
kecil, emosi seorang ibu sering berubah-ubah. Saya sendiri sebagai ibu muda
yang tiada pengalaman, pada awalnya agak tertekan menguruskan anak kecil
sendirian. Ini kerana ibu saya di kampung tidak dapat menemani proses saya
berpantang atas masalah kesihatan. Jadi semuanya dibuat sendiri dibantu suami,
dengan berpandukan nasihat tukang urut serta rujukan di website tentang setiap
permasalahan. Agak mencabar tetapi alhamdulillah dipermudahkan urusan kami
dalam menjaga anak kecil.
Sepanjang proses
membesarkan anak juga banyak cabaran menghadapi kerenah anak yang sedang
membesar. Jika tertekan saya akan menelefon dan mengadu kepada ibu di kampung
untuk meluahkan perasaan. Seringkali nasihat yang diberikan adalah supaya
banyakkan membaca al quran. Kata ibu, rasa tertekan dan marah itu datangnya
daripada syaitan yang ingin mengangggu hidup kita, jadi banyakkan membaca al
quran insyaallah hati akan menjadi tenang. Alhamdulillah ada ibu bolehlah
meluah perasaan, siapa lagi yang faham perasaan seorang ibu melainkan ibu juga
kan :)
Baiklah kembali kepada
tajuk asal, anak-anak akan mendapat kesan yang negatif jika ibu moody dan
marah. Walaupun marahkan ayahnya, tetapi dilepaskan geram kepada anak. Malah
jika marah kepada orang lain pun anak-anak menerima tempiasnya. Jadi sangat
penting seorang ibu belajar mengurus emosi terutama ketika marah. Perasaan
marah ni bila dilayan, otak kita tidak dapat berfungsi dengan baik sehingga
mendatangkan perlakuan yang boleh mendatangkan penyesalan di kemudian hari.
Banyak kerosakan yang akan berlaku apabila dikuasai amarah.
Tips
apabila tiba-tiba rasa marah samada marah kepada anak, suami, keluarga, atau
sesiapa sahaja
1.
Pertama, segera memohon
perlindungan kepada Allah dari godaan setan, dengan membaca ta’awudz:
أعوذُ بالله مِنَ الشَّيْطانِ الرَّجيمِ
A-‘UDZU BILLAHI MINAS SYAITHANIR RAJIIM
Karena sumber marah
adalah syaitan, sehingga godaannya bisa diredam dengan memohon perlindungan
kepada Allah.
Dari sahabat Sulaiman bin Surd radhiyallahu ‘anhu,
beliau menceritakan,
Suatu hari saya duduk bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wa
sallam. Ketika itu ada dua orang yang saling memaki. Salah satunya
telah merah wajahnya dan urat lehernya memuncak.
Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِني لأعلمُ كَلِمَةً لَوْ قالَهَا لذهبَ عنهُ
ما يجدُ، لَوْ قالَ: أعوذُ بالله مِنَ الشَّيْطانِ الرَّجيمِ، ذهب عَنْهُ ما يَجدُ
Sungguh saya mengetahui ada satu kalimat, jika dibaca oleh orang
ini, marahnya akan hilang. Jika dia membaca ta’awudz: A’-uudzu billahi minas
syaithanir rajiim, marahnya akan hilang. (HR. Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat lain, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Apabila seseorang marah, kemudian membaca: A-‘udzu billah (saya
berlindung kepada Allah) maka marahnya akan reda.” (Hadis
shahih – silsilah As-Shahihah, no. 1376)
2. Kedua : Diam
dan jaga lisan. Jangan bercakap walaupun bermacam perkara terlintas di fikiran,
kerana sewaktu marah kita akan mengeluarkan perkara yang mungkin menyakitkan
hati dan mengaibkan orang. Ini akan memburukkan lagi situasi.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa
sallambersabda, Jika kalian marah, diamlah. " HR Ahmad
إِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْكُتْ
3. Tukar posisi kita.
Jika dalam keadaan berdiri, kita ubah kepada duduk, atau berjalan duduk di
tempat lain.
4. Jika terlalu marah, ingatlah hadis ini, Rasulullah saw
bersabda " “Siapa yang berusaha menahan amarahnya,
padahal dia mampu meluapkannya, maka dia akan Allah panggil di hadapan seluruh
makhluk pada hari kiamat, sampai Allah menyuruhnya untuk memilih bidadari yang
dia kehendaki" (HR. Abu Daud, Turmudzi, dan dihasankan
Al-Albani)
Semoga kita akan
menjadi ibu yang penyabar dan pandai mengurus emosi. Kerana kesejahteraan
sebuah keluarga itu sangat dipengaruhi oleh seorang ibu. Ibu yang ceria secara
automatik akan membuat anak-anak dan ayah gembira.
Malah setiap suami
inginkan seorang isteri yang mampu menceriakan rumahtangga, tambah lagi setelah
penat bekerja seharian mencari rezeki di luar. Bak kata Yusri KRU, isterinya
Lisa Surihani seorang isteri yang sangat membahagiakan kerana dia pandai
menceriakan susasana dan tidak beremosi. (eh, tiba-tiba gosip artis pula,
hehe)
Sunday, 6 October 2013
Sichida Method
Otak Kanan - Teknik Jepun Shichida Methods
Ramai ibu bapa yang mencari-cari tips untuk merangsang otak anak. Di sini saya kongsikan artikel yang saya jumpa di carian internet. Kebanyakan artikel yang menceritakan tentang teknik shichida method ini adalah sumber cerita yang hampir sama. Mari kita baca dan amalkan.
Keratan artikel :
Beberapa minggu lepas boss ada beritahu saya bahawa dia menghantar anaknya yang berusia 2 tahun masuk ke kelas Sichida, iaitu kelas yang diasaskan dari Jepun. Kelas ini melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ini lebih efektif sebenarnya dari otak sebelah kiri tetapi kena dilatih. Kelas ini agak mahal, Kalau kelas tadika Juanna yang saya nak masukkan tahun depan tu kosnya lebih tinggi dari kos kita satu semester kat ITM, Tapi boss saya ni atas kesedaran bahawa ramai orang cina yang pergi ke kelas tersebut untuk mengajar anak-anak mereka, sedangkan orang melayu boleh dibilang dengan jari. Maka dia pun bersetuju dan ikhlas untuk berkongsi dengan saya dan staf melayu yang lain.
Saya pun berharap orang lain praktiskan benda ini kepada anak mereka. Ini kerana baru seminggu saya buat kepada anak sendiri pun dah nampak keberkesanannya.
1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kepadanya sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dan sebagainya . Sebab semasa tidur-tidur ayam ini otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur. Tapi kena buat seikhlas hati. Kalau tengah marah tak menjadi. Kalau anak dah tidur, ramas-ramas jari atau tangan dia balik, supaya dia kembali berada dalam keadaan tidur-tidur ayam. Saya buat kat anak saya sebab dia bangun pagi lambat lepas tu siap melalak-lalak lagi, Saya cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal. Hasilnya sekarang jam 6.30 pagi dah buka mata termasuk Sabtu dan Ahad.
2. Mula guna kad imbas untuk ajar anak. Saya ajar ABC-Z guna kad imbas seminggu sahaja. Sekarang anak dah kenal semua huruf malah siap boleh eja perkataan pendek-pendek. Buat kad banyak-banyak dan tunjuk kat anak cepat-cepat (imbas beberapa saat sahaja untuk setiap kad). Insya Allah cepat dia dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat, otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu. Kita boleh buat kad 1,2,3, atau gambar-gambar. Potonglah sendiri gambar yang ada di majalah atau suratkhabar dan sebagainya mengikut kreativiti.
3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, Jadi ajar anak bermain tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dan sebagainya. Memanglah kita yang kena mengemas tapi tidak mengapa. Satu lagi cuba kita lukis gambar, contohnya rama-rama, tapi sebelah sahaja. Kemudian suruh anak sambung melukis kat sebelah lagi mengikut imaginasi mereka. Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan. Anda tahu tak, chopstik juga mengaktifkan kerja tangan dan gerakkan otak kanan.
4. Jangan marah-marah atau tengking anak sebab mereka boleh simpan semuanya dalam otak. Kalau terlepas marah, minta maaf dan terangkan sebab anda marah, dan nyatakan kesilapan yang anak buat. Juga ikut balik cara no 1 tadi, dan minta maaf kat anak.
5. Satu lagi bina imaginasi anak dengan bercerita kepada mereka dan suruh mereka sambung cerita tersebut, walaupun cerita tersebut hanya rekaan sahaja.
6. Main teka-teki dengan anak. Letak satu barang dalam kotak tisu dan suruh anak teka apa dalam kotak tu. Mula-mula boleh bagi bayangan seperti warna, bunyi, dan sebagainya untuk mereka meneka. Lama kelamaan anak dapat meningkatkan deria ke enam dengan belajar fokus dan imaginasi untuk meneka benda tersebut. Ini semua untuk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat, semua aktiviti yang kita buat dengan anak jangan terlalu lama hingga membosankan.
Sebelum buat latihan ini, kena tarik nafas dalam-dalam dan bertenang. Jangan buat sewaktu sibuk seperti tengah nak masak, dan kerja yang perlu fokus yang lain, nanti tidak berkesan. Buat teknik ini dengan ikhlas, dan merendah diri serta mengharap daripada Allah. Kita hanya berusaha tetapi Allah yang memberi anugerah kepandaian itu. Tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila-bila Dia boleh tarik balik.
Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca....
Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada cakap benda yang sama dan dia bercerita tentang perkataan "jangan" kepada anak. Kalau kita banyak sangat guna perkataan "jangan" kepada anak, itulah yang anak akan buat. Jadi selepas ini kena ganti perkataan jangan kepada perkataan lain. Contohnya ,"Jangan bising abang" kepada "Tolong senyap ya abang"
Sama-sama kita praktikkan teknik scihida ini. Dalam Islam sendiri pun menggalakkan kita ibu bapa bercakap atau berdoa dengan anak ketika mereka dalam proses nak tidur kerana pada ketika itulah di antara waktu-waktu doa dimakbulkan.

sumber : halaqah.net
(artikel ini telah diedit oleh penulis blog NorainiDollah dari segi penggunaan tatabahasa dan ayat untuk memudahkan pembacaan, tanpa mengubah maksud tulisan penulis asal)

Tuesday, 1 October 2013
Jangan Pukul Anak Kecil Yang Menangis
Sudah fitrahnya anak kecil akan banyak menangis. Sebabnya itulah satu-satunya cara mereka memberitahu keinginan, tidak selesa, sakit, lapar, atau inginkan perhatian ibu. Jadi bila anak banyak menangis, cuba cari puncanya dahulu sebelum "stress" dengan tangisan anak.
Bukan sedikit ibu bapa yang tertekan dengan tangisan anak. Terutama sewaktu mula bersalin dan di dalam tempoh berpantang. Bayi-bayi ini ibarat baru masuk dari alam syurga yang indah ke alam yang baru dan sangat asing baginya. Kemudian melihat pula makhluk-makhluk besar (ibu bapa & sanak saudara) yang mengelilinginya. Tentulah dia berasa takut & tidak selamat. Langkah terbaik untuk menenteramkan bayi yang menangis adalah dengan memeluk bayi kita dengan penuh kasih sayang.
Pengalaman saya sendiri, jika emosi saya sedang tidak stabil atau tertekan, tangisan bayi saya akan sukar untuk dihentikan. Emosi ibu yang tidak stabil ini akan memberi tekanan perasaan kepada bayi dan ibu sendiri. Tetapi ajaibnya bilamana saya bertenang walaupun bayi saya sedang menangis dengan kuat, saya berasa semakin senang untuk memujuknya berhenti menangis. Jadi kata kuncinya adalah bertenang. Nak bertenang macamana? Ingat bahawa Allah swt telah memberi anugerah terindah ini kepada kita, di saat ramai lagi orang lain yang tidak mendapat peluang ini. Serta ingat bahawa waktu kecil bayi kita sekejap sahaja, jadi sayangilah & berilah perhatian kepada dia dengan sepenuh hati sebelum dia membesar dan ada kehidupannya sendiri.
Dari peringkat bayi sehinggalah boleh berjalan, bercakap, melompat dan berlari ke sana-sini, bukan sedikit tangisan anak yang perlu dihadapi ibubapa. Siang malam ada sahaja perkara yang membuatkan dia menangis dan menguji kesabaran ibu bapa yang keletihan. Ingat senang ke mahu jadi ibu bapa ?? Mencabar tau, terutama kepada surirumah yang 24 jam melayan kerenah anak-anak memang memerlukan kesabaran & keperibadian yang tinggi untuk mendidik anak. Banyak kita dengar kes-kes ibu atau bapa yang memukul anak yang kuat menangis ini. Malah di negara China seorang ibu muda nyaris nak membaling anaknya dari tingkat 14 kerana terlalu tertekan dengan kerenah anak.
Memukul anak yang menangis akan memberi banyak kesan buruk, antaranya ;
1. Merenggangkan hubungan anak dengan ibubapa
2. Menjadikan anak pendendam, dan suka memukul
3. Anak menjadi pendiam dan banyak rahsia
4. Perkembangan minda anak terganggu dengan pengalaman dipukul ibubapa
5. Memberi kecederaan fizikal dan mental kepada anak.
6. Anak akan membesar menjadi individu yang bermasalah kerana tidak mendapat cukup perhatian dan kasih sayang dari ibubapa.
Larangan hadis tentang memukul anak kecil ;

Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Janganlah kamu pukul anak-anak kamu Di sebabkan mereka
menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahiran nya Ia
bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke
atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterus nya pula ia mendoakan kedua ayah
bonda nya.
( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. ).
Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak
di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya
dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat
bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.
Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. :
Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di
perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuk nya dan kedua ibu bapa
nya.
Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah
di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya.
Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu
atasnya iaitu segala amal baik atau buruk nya.
( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)
Jadi para ibu bapa perlulah meningkatkan lagi kesabaran dalam mendidik anak. Allah swt hadirkan kita amanah yang besar ini untuk mendidik kita sendiri agar lebih sabar dan tabah. Insyaallah pendekatan yang penuh kasih sayang dan hikmah akan memudahkan kita dalam mendidik anak.
Wednesday, 18 September 2013
Ajar Anak Kenal & Tulis Nama Sendiri
Mengajar anak mengenal namanya sendiri boleh dimulakan seawal usia 18 bulan. Saya tertarik dengan perkongsian Pn Nik Eliani di blognya disini tentang cara beliau mengajar anak mengenal namanya. Jadi di sini saya kongsikan apa yang telah saya buat untuk mengajar anak saya, Ammar mengenal namanya dengan mengikuti panduan Puan Nik Eliani yang menarik itu.
Kenapa perlu anak kenal dan tahu tulis nama sendiri?
1. Anak akan seronok kerana tahu menulis sendiri nama mereka.
2. Sangat membantu cikgu di sekolah atau tadika
3. Sebagai pengenalan diri kepada anak di mana-mana.
4. Menambahkan keyakinan diri anak.
Aktiviti menulis nama ini boleh dibuat bersama-sama anak. Tetapi jika dikhuatiri anak mengganggu dan bermain gunting yang tajam, bolehlah dibuat semasa anak tidur. Peralatan yang diperlukan adalah kayu/ straw atau apa-apa yang boleh dijadikan pemegang bendera nama. Saya menggunakan pembaris jahitan yang dah patah, hehe. Kemudian marker pen, gunting, dan salotape untuk mencantum.
KAD NAMA
Pertama sekali adalah membuat kad nama. Kad nama ini untuk ditampal di dinding atau di mana-mana yang sesuai. Saya meletakkan kad nama Ammar di peti sejuk kerana dia sangat suka membuka peti sejuk, jadi dia akan lebih kerap membaca namanya. Tulis beberapa keping kad nama. Ajar anak membaca namanya sambil menunjukkan dengan tangan dari kiri ke kanan. Sambil membaca namanya Ammar suka bertanya huruf -huruf yang ada. Jadi saya dapat mengajarnya mengenal huruf dalam masa yang sama. Oh ya, jangan lupa ajar dengan bunyi fonik ye. Aktiviti membaca nama ini boleh dibuat berulangkali setiap hari. Aktiviti kad nama ni sesuai dari 18 bulan lagi.
BENDERA NAMA
Bendera nama ni sesuai untuk anak usia 3 tahun. Saya lekatkan batang pembaris patah yang dah tak digunakan tu di belakang kertas dengan salotape. Jadi Ammar boleh pegang bendera tersebut dan meletakkan bendera namanya di tempat dia bermain. Yang tak tahannya, adiknya Azzam pun turut berebut untuk memegang bendera tu. Sabar ye Azzam nanti ummi buatkan untuk adik pula, hehe.
Sambil dia pegang bendera tu ajar dia cakap "my name is...." sambil menunjukkan bendera namanya.
MENEKAP NAMA
Aktiviti seterusnya adalah menekap nama yang dah ditulis di kertas. Balut kad nama tadi dengan pembalut buku plastik, dan bagi dia tulis namanya dengan meniru tulisan kita. Gunakan whiteboard marker untuk menulis. Dalam usia 3 tahun ni Ammar belum pandai lagi menulis mengikut garisan tulisan kita. Jadi saya membantu memegang tangannya sambil menulis. Kemudian, dia menconteng sepuasnya di atas kad nama tu. Tak apa biarkan sahaja dia berkreativiti. Seronok nampaknya dia menconteng dan memadam berulangkali.
MENYALIN NAMA
Aktiviti ini sesuai bila anak dah pandai menulis, biasanya dalam usia 5 tahun. Buat masa ini Ammar belum sampai ke peringkat ini lagi.
Cara menyalin nama ini adalah dengan menulis namanya di kertas kosong, kemudian biarkan dia menulis sendiri namanya tanpa garisan titik titik. Biarkan dia menyalin secara bebas, dengan menggunakan pensel, pensel warna atau krayon.
MENULIS NAMA
Aktiviti ini sesuai untuk anak usia 6 tahun. Beri peluang anak menulis namanya sendiri. Boleh gunakan pelbagai alat tulis yang menarik dan disukai anak. Boleh juga menggunakan kertas yang berwarna warni untuk dia tulis di atasnya. Malah boleh juga menulis dengan mencelupkan jari dengan cat kemudian tulis di atas kertas. Terpulang kepada kreativiti ibu sendiri. Jangan lupa untuk kumpulkan semua hasil kreativiti anak ini untuk rekod melihat kemajuan dia menulis, dan juga sebagai kenang-kenangan.
Saat menulis nama Ammar baru terasa betapa panjang namanya. Pengajarannya, lain kali pilihlah nama yang pendek dan senang disebut. Jika nama pun panjang berbelit-belit kasihan anak sendiri pun sukar menyebut namanya. Takpe insyaallah jika ada anak seterusnya boleh saya pendekkan sikit namanya.
Kesimpulannya aktiviti ini sangat bagus kerana dapat mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak, dan dapat membantu anak mengenali namanya sendiri. Dalam masa yang sama anak dapat belajar menulis dan berlatih menulis namanya sehingga cantik.
Tetapi jika ibu-ibu nak buat latihan khas untuk anak belajar menulis, tak perlu susah-susah potong kertas balut plastik semua. Boleh dapatkan set buku tulis dan padam dari saya. Sangat menarik, guna whiteboard marker, selepas tulis anak boleh padam balik. Memang jimat kertas dan jimat masa. Boleh tengok gambar di bawah ye. Jika berminat boleh lihat di fanpage jualan kami.
Semoga membantu =))

Monday, 9 September 2013
Attomen oh ultraman
Semalam hari minggu kami sekeluarga meluangkan masa
bersiar-siar di Pulau Pinang. Sebenarnya kami memang tinggal di pulau pinang
tetapi di kawasan seberang prai. Jadi bila ada kelapangan kami akan ke pulau,
menaiki jambatan pulau pinang iaitu jambatan yang terpanjang di Malaysia dan
antara yang terpanjang di Asia Tenggara, atau sekali sekala menaiki feri sambil
menikmati keindahan panorama laut dalam.
Tempat kesukaan suami tentunya nasi
kandar Line Clear yang famous di Penang, dan kemudian menikmati pasembor di
Padang Kota sambil disapa angin laut yang sepoi-sepoi bahasa. Membawa anak-anak
bersiar sekali sekala ini perlu di samping mengeratkan hubungan, dapat juga
meluaskan pandangan dan pengalamannya.
Ketika melalui
kawasan Bukit Jambul menuju ke Balik Pulau, kami ternampak sebuah tadika yang
baru dibina. Ada dua patung ultraman yang sangat besar dalam keadaan berdiri
dan duduk di kawasan tadika tersebut. Lantas kami suami isteri memberitahu
ammar, anak sulung kami. "Ammar tengok tu ultraman! " Ammar
terpinga-pinga sambil mencari arah yang kami tunjukkan. "Hah, atomen,..
atomen ? " Kemudian baru kami tersedar bahawa anak kami memang belum kenal
apa itu ultraman. Tak tahu bagaimana nak
menerangkan kepadanya, maka kami pun mengalihkan perhatiannya kepada
pemandangan lain di situ.
Ultraman, dulu sampai sekarang ultraman sangat dikenali di
kalangan kanak-kanak sebagai hero yang menyelamatkan dunia dan menentang
raksasa. Selain ultaman banyak lagi hero ciptaan manusia seperti superman,
doraemon, dan bermacam lagi hero sebagai hidangan hiburan kanak-kanak. Jelas
sekali hero-hero ini dicipta khas untuk mereka. Kenapa?? Sebab di usia kecil
ini anak perlukan seorang "hero" atau ikon untuk dia minati, contohi
dan ikuti. Malah sebagai pujaan mereka. Ada yang sekadar suka-suka, dan ada juga yang
betul-betul dipengaruhi oleh watak hero tersebut sehingga sanggup terjun
seperti superman !
Mengingatkan peristiwa ini,terdetik di hati siapakah hero
sebenar yang patut menjadi contoh tauladan dan menjadi ikutan anak-anak. Teringat pula semasa menghadiri kursus Ajar
Anak Quran anjuran Islamic Parenting Network, Pn Lina bercerita tentang kisah
Sultan Muhammad Al Fateh. Semasa Sultan Muhammad Al Fateh masih bayi, ibunya sering
membawanya ke sebuah sungai menghadap negara Konstantinopel sambil berkata ;
“..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan
tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik
tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad) “
Dan ibunya menyambung lagi, “orang tersebut adalah kamu anakku
!!”
Begitulah setiap hari ibunya berterusan mengulang kata-kata tersebut kepada anaknya , sambil meniupkan
visi dan misi yang hebat kepada
anaknya. Maka dengan izin Allah terbuktilah
hadis tersebut di tangan Sultan Muhammad Al Fateh dalam usia yang sangat muda,
21 tahun! Cuba renung balik di mana kedudukan dan apa keadaan kita dalam waktu
usia tersebut.
Lihatlah betapa hebatnya peranan seorang ibu dalam membentuk
karakter, membina peribadi, dan meniupkan
visi hidup kepada anaknya. Lantas tidakkah kita ingin menjadikan anak-anak kita
sehebat Sultan Muhammad Al Fateh ? Jika jawapannya YA, maka mulalah merangka dari sekarang apakah visi
hidup yang ingin kita bina dalam diri anak. Jika setiap hari dihidangkan dengan
gwiyomi, dengan lagu-lagu cinta asmara, agaknya karakter dan masa depan apa yang
kita cipta untuk anak. Tepuk dada tanya
selera.
Jom bina visi hidup yang hebat dari sekarang. Hidup hanya
sekali, jangan biarkan hidup biasa-biasa
tapi jadikannya LuarBiaSaa !!
Monday, 15 July 2013
Salam Ramadan, Bawa Anak Solat Terawih di Masjid ?
Salam Ramadhan al mubarak kepada semua umat islam. Inilah bulan pesta ibadah yang dinantikan dan dirindui oleh mereka yang beriman kepada Allah. Di bulan ini pahala diganda-gandakan maka rugilah orang yang tidak memanfaatkannya. Dikhabarkan bukan semua orang terpilih untuk menikmati bulan mulia ini. Banyak berita orang meninggal dunia sebelum tibanya Ramadhan. Berdoalah semoga kita dipanjangkan umur dan terpilih sebagai tetamu di bulan ini.
Masuk sahaja bulan Ramadhan, ibu-ibu pun tentu sibuk memikirkan masjid mana yang sesuai untuk dibawa anak kecil solat terawih. Tentu sekali di bulan ini ramai ibu bapa yang seronok membawa anak kecil berterawih di masjid. Ia seolah-olah satu pesta ibadah keluarga pula. Ada masjid dan surau yang mesra bayi, tetapi ada pula yang sebaliknya. Jadi ibu bapa perlu mencari masjid yang sesuai agar kehadiran anak-anak tidak menganggu jemaah lain yang ingin bersolat.
Saya sendiri sebagai ibu yang ada anak kecil berusia 10 bulan memilih untuk solat terawih di rumah sahaja memandangkan anak saya ini agak aktif dan suka memanjat. Jika saya ke masjid sudah tentu saya tidak khusyuk dan mungkin dia akan mengganggu jemaah lain juga. Tetapi anak sulung saya yang berusia 3 tahun pula akan mengikuti ayahnya berterawih di masjid.
Hari pertama dia berterawih bersama ayahnya, saya tertanya-tanya bagaimana keadannya. Mengingatkan tahun lepas dia agak aktif dan suka mengikut rakan-rakan yang baru dikenalinya pergi bermain sehingga kami terpaksa mencarinya. Ramadhan ini suami memilih surau di taman ini sahaja untuk terawih. Rupa-rupanya di surau taman kami ni, iaitu Surau Taman Ilmu, ada seorang pakcik yang garang memegang rotan di bahagian belakang. Dia akan berkawal di situ menjaga geng budak-budak solat. Jadi tak ada yang berani bermain dan semuanya bersolat jemaah dalam versi masing-masing. Tergelak saya mendengarnya.
Saya diberitahu di tempat lain ada juga masjid yang mesra bayi. Mereka menyediakan nurseri khas untuk anak secara percuma agar ibubapa dan jemaah lain dapat solat dengan selesa. Tetapi jika di kawasan yang tidak ada kemudahan seperti itu, ibu perlu membuat persediaan awal sebelum pergi agar anak tidak bosan dan mengganggu solat.
Antara yang boleh dibawa adalah mainan kesukaan anak (yang tidak bising dan selamat), makanan ringan atau biskut yang kurang bersepah, buku mewarna, buku membaca dan pastikan sebelum pergi pampers anak ditukar baru agar dia selesa. Ada juga ibu yang akan memberikan ipad atau tablet agar anak diam, tetapi pastikan volumenya perlahan agar tidak menganggu orang bersolat. Juga pastikan keadaan selamat kerana mungkin ada yang berniat jahat untuk mencuri. Walaupun syaitan sudah dirantai, tetapi tetap ada ramai manusia yang memilih untuk berbuat jahat.
Kemudian jika ada anak yang lebih besar, latih dia untuk menjaga adik-adiknya semasa ibunya solat. Selain itu ibu juga boleh bergilir-gilir solat terawih dengan bapa untuk menjaga anak. Kerjasama ibu dan bapa amat penting agar semua pihak akan selesa dan tidak terganggu.
Saya sendiri amat seronok melihat pelbagai keletah anak di masjid waktu terawih. Semoga amalan mengimarahkan masjid bersama keluarga ini tidak terhenti setakat bulan Ramadhan sahaja, tetapi diteruskan sepanjang masa.

Subscribe to:
Posts (Atom)