Ini kisah pengalaman saya bujang-bujang dahulu..
Tahun 2007 lepas grad, saya berkelana ke Perak mencari pengalaman bersama sahabat yang membuat bisnes tanaman cendawan. Tetapi misi saya bukan untuk menanam cendawan, sebaliknya mengisi waktu terluang dengan pengalaman baru sebelum mendapat pekerjaan yang sesuai. Berada di sebuah kampung, saya bersama seorang lagi sahabat berjalan dari rumah ke rumah untuk bersilaturahim serta menawarkan kelas mengaji al quran serta tuisyen di rumah sewa kami. Menariknya orang kampung sangat mengalu-alukan kami dan berminat untuk menghantar anak mereka. Kami yang pertama membuka kelas mengaji al quran, serta tuisyen mengajar pelajar upsr dan pmr di situ.
Selang beberapa minggu , kami didatangi seorang ibu yang meminta saya buat tuisyen khas utk 3 anaknya darjah 5, 4 & 2 kalau tak silap saya. Tetapi ibunya tidak mahu dicampur dengan pelajar lain dan mereka sanggup membayar yuran lebih untuk anak mereka. Bermulalah kisahnya, setelah hampir sebulan belajar, mereka masih tak tahu membaca sedangkan ibu bapa mereka mengusahakn perniagaan yang berjaya di situ. Saya mengajar mereka menggunakan buku yang mereka bawa.
Waktu itu saya mengajar seperti biasa mengeja. Sebab itulah kaedah yang digunakan dari dulu hingga sekarang. Bermacam cara saya ajar tapi hari ni ingat esok dah lupa. Saya pun jadi stress. Jauh benar nak tengok kemajuan mereka. Berbulan-bulan saya ajar dan berusaha tapi tak berhasil. Tambahan pula mereka pun datang belajar waktu petang, waktu untuk bermain jadi sukar untuk menumpukan perhatian. Pengalaman ini juga baru bagi saya yang selama ini tidak pernah mengajar kanak-kanak membaca.
Malang sekali tidak lama selepas itu saya terpaksa berpindah ke tempat lain. Maka tidak dapatlah saya melihat mereka pandai membaca.
Kemudian awal tahun 2012 saya bertemu dengan kawan yang dikenali di facebook, iaitu Puan Rohayati. Kebetulannya beliau satu batch dengan suami saya di universiti dulu. Beliau mengusahakan pusat membaca khas untuk pelajar usia seawal usia 4 tahun di Nibong Tebal, Penang. Ramai yang datang belajar membaca, dari usia 4 tahun hingga ke darjah 6 yg buta huruf. Menakjubkan budak usia seawal 3 tahun majoriti paling cepat dapat membaca berbanding usia yg lebih tua.
Ini sesuatu yang amat menarik bagi saya yang baru mengenali bidang pendidikan awal aknak-kanak, merangsang bayi serta potensi bayi. Jika didedahkan membaca dari usia awal, mereka sangat mudah untuk mengikut dan membaca. Dan untuk usia lain mereka semua dapat membaca dengan baik setelah sebulan dua diajar. Saya sangat teruja mendengarnya. Alhamdulillah kini saya turut mengajar di pusat membaca itu.
Kalaulah dulu saya tahu kaedah ini, tentu saya dapat mengajar mereka membaca dengan baik. Saya doakan mereka sekarang dah pandai membaca dan berjaya dalam pelajaran dan dalam hidup mereka.
Malah saya sendiri dah ajar anak saya usia 3 tahun , dia dah boleh baca sampai mukasurat 20 ! Insyaallah saya akan kongsikan lebih lanjut tentang teknik membaca ini di entry seterusnya.
UPDATE : Saya dah kongsikan sambungannya di sini
Monday, 11 November 2013
Tuesday, 5 November 2013
Ibu moody, kesan kepada anak
Percaya atau tidak,
mood seorang ibu sangat memberi pengaruh kepada sesebuah keluarga. Seorang ibu
yang periang akan memberi pengaruh emosi yang baik kepada anak-anak. Jadi anak
akan kurang meragam dan senang dipujuk. Malah suami pun akan seronok berada di
rumah dan bermesra dengan keluarga. Tetapi bila seorang ibu sedang mengamuk dan
mood sedang tertekan, bermasam muka, maka pengaruh emosi negatif ini akan
segera meresapi keluarga. Anak dan suamilah yang akan menerima kesannya.
Wah, bukan senang
menjadi seorang isteri merangkap seorang ibu ni. Semasa mengikuti kursus pra
perkahwinan dulu, kita turut diajar tentang stress dan cara menangani stress
dalam rumahtangga. Sebelum kahwin belajar teori sahaja dan tidaklah mengambil
berat sangat kerana semasa kursus tu hanya terbayang alam perkahwinan yang
indah belaka. Namun realiti tidaklah seindah yang dimimpi, dan ujian lebih
besar lagi menanti jika tidak berjaya mengurus emosi dengan baik.
Orang perempuan cepat
terbawa dengan emosi. Tambahan lagi setelah mengandung dan mempunyai anak
kecil, emosi seorang ibu sering berubah-ubah. Saya sendiri sebagai ibu muda
yang tiada pengalaman, pada awalnya agak tertekan menguruskan anak kecil
sendirian. Ini kerana ibu saya di kampung tidak dapat menemani proses saya
berpantang atas masalah kesihatan. Jadi semuanya dibuat sendiri dibantu suami,
dengan berpandukan nasihat tukang urut serta rujukan di website tentang setiap
permasalahan. Agak mencabar tetapi alhamdulillah dipermudahkan urusan kami
dalam menjaga anak kecil.
Sepanjang proses
membesarkan anak juga banyak cabaran menghadapi kerenah anak yang sedang
membesar. Jika tertekan saya akan menelefon dan mengadu kepada ibu di kampung
untuk meluahkan perasaan. Seringkali nasihat yang diberikan adalah supaya
banyakkan membaca al quran. Kata ibu, rasa tertekan dan marah itu datangnya
daripada syaitan yang ingin mengangggu hidup kita, jadi banyakkan membaca al
quran insyaallah hati akan menjadi tenang. Alhamdulillah ada ibu bolehlah
meluah perasaan, siapa lagi yang faham perasaan seorang ibu melainkan ibu juga
kan :)
Baiklah kembali kepada
tajuk asal, anak-anak akan mendapat kesan yang negatif jika ibu moody dan
marah. Walaupun marahkan ayahnya, tetapi dilepaskan geram kepada anak. Malah
jika marah kepada orang lain pun anak-anak menerima tempiasnya. Jadi sangat
penting seorang ibu belajar mengurus emosi terutama ketika marah. Perasaan
marah ni bila dilayan, otak kita tidak dapat berfungsi dengan baik sehingga
mendatangkan perlakuan yang boleh mendatangkan penyesalan di kemudian hari.
Banyak kerosakan yang akan berlaku apabila dikuasai amarah.
Tips
apabila tiba-tiba rasa marah samada marah kepada anak, suami, keluarga, atau
sesiapa sahaja
1.
Pertama, segera memohon
perlindungan kepada Allah dari godaan setan, dengan membaca ta’awudz:
أعوذُ بالله مِنَ الشَّيْطانِ الرَّجيمِ
A-‘UDZU BILLAHI MINAS SYAITHANIR RAJIIM
Karena sumber marah
adalah syaitan, sehingga godaannya bisa diredam dengan memohon perlindungan
kepada Allah.
Dari sahabat Sulaiman bin Surd radhiyallahu ‘anhu,
beliau menceritakan,
Suatu hari saya duduk bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wa
sallam. Ketika itu ada dua orang yang saling memaki. Salah satunya
telah merah wajahnya dan urat lehernya memuncak.
Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِني لأعلمُ كَلِمَةً لَوْ قالَهَا لذهبَ عنهُ
ما يجدُ، لَوْ قالَ: أعوذُ بالله مِنَ الشَّيْطانِ الرَّجيمِ، ذهب عَنْهُ ما يَجدُ
Sungguh saya mengetahui ada satu kalimat, jika dibaca oleh orang
ini, marahnya akan hilang. Jika dia membaca ta’awudz: A’-uudzu billahi minas
syaithanir rajiim, marahnya akan hilang. (HR. Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat lain, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Apabila seseorang marah, kemudian membaca: A-‘udzu billah (saya
berlindung kepada Allah) maka marahnya akan reda.” (Hadis
shahih – silsilah As-Shahihah, no. 1376)
2. Kedua : Diam
dan jaga lisan. Jangan bercakap walaupun bermacam perkara terlintas di fikiran,
kerana sewaktu marah kita akan mengeluarkan perkara yang mungkin menyakitkan
hati dan mengaibkan orang. Ini akan memburukkan lagi situasi.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa
sallambersabda, Jika kalian marah, diamlah. " HR Ahmad
إِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْكُتْ
3. Tukar posisi kita.
Jika dalam keadaan berdiri, kita ubah kepada duduk, atau berjalan duduk di
tempat lain.
4. Jika terlalu marah, ingatlah hadis ini, Rasulullah saw
bersabda " “Siapa yang berusaha menahan amarahnya,
padahal dia mampu meluapkannya, maka dia akan Allah panggil di hadapan seluruh
makhluk pada hari kiamat, sampai Allah menyuruhnya untuk memilih bidadari yang
dia kehendaki" (HR. Abu Daud, Turmudzi, dan dihasankan
Al-Albani)
Semoga kita akan
menjadi ibu yang penyabar dan pandai mengurus emosi. Kerana kesejahteraan
sebuah keluarga itu sangat dipengaruhi oleh seorang ibu. Ibu yang ceria secara
automatik akan membuat anak-anak dan ayah gembira.
Malah setiap suami
inginkan seorang isteri yang mampu menceriakan rumahtangga, tambah lagi setelah
penat bekerja seharian mencari rezeki di luar. Bak kata Yusri KRU, isterinya
Lisa Surihani seorang isteri yang sangat membahagiakan kerana dia pandai
menceriakan susasana dan tidak beremosi. (eh, tiba-tiba gosip artis pula,
hehe)
Subscribe to:
Posts (Atom)