Pages

Wednesday 26 March 2014

Terpijak Kaca

Kelmarin kakiku terpijak kaca. Sakit sungguh rasanya berdarah-darah. Kaca tu daripada botol yang pecah, dah dibersihkan tetapi masih ada yang tinggal di lantai.

sumber gambar : google 


Sambil mengelap darah di kaki, terkeluar spontan kata-kata "nasib baik ummi yang kena, kalau kena Ammar atau Azzam tentu sakit, kesian diorang kalau kena" . Dan saya yakin mana-mana ibu pun akan mengatakan benda yang sama kan?. Semua ibu sanggup menanggung sakit daripada melihat anaknya kesakitan. Itulah tanda kasih sayang seorang ibu. Tetapi sejauh manakah kebenaran kita sayang akan anak kita ini sebenarnya.

Kita taknak anak kita sakit dilukai di dunia ini hingga sanggup berkorban duit dan segalanya demi anak tercinta. Tetapi pernahkah kita terfikir jika anak kita dilukai di hari akhirat nanti, mahukah kita membiarkan anak kita menanggung kesakitan akibat azab di akhirat nanti. Kadang-kadang kita tersilap meletakkan kasih sayang itu.

Kasihan nak kejut anak bangun pagi kerana anak kepenatan, jadinya anak tak solat subuh.
Kasihan anak panas nak pakai tudung, jadinya dibiarkan sahaja anak keluar tak bertudung.
Kasihan anak bosan di rumah, jadinya diberi telefon pintar atau ipad sebagai teman hingga anak melayari benda yang tak sepatutnya.

Dan macam-macam lagi kasihan ibu bapa pada anak yang tak kena pada tempatnya.

Jika benar sayang anak, ajarilah dia dengan maksud sebenar, islam, iman dan ehsan.
Jika benar sayang anak, ajarilah dia kenal Allah dan Rasulullah saw

Kerana itulah tanda kemurnian kasih ibu kepada anak.

Semoga dapat berkumpul di syurga bersama keluarga tercinta insyaallah =)

No comments:

Post a Comment