Wah, bukan senang
menjadi seorang isteri merangkap seorang ibu ni. Semasa mengikuti kursus pra
perkahwinan dulu, kita turut diajar tentang stress dan cara menangani stress
dalam rumahtangga. Sebelum kahwin belajar teori sahaja dan tidaklah mengambil
berat sangat kerana semasa kursus tu hanya terbayang alam perkahwinan yang
indah belaka. Namun realiti tidaklah seindah yang dimimpi, dan ujian lebih
besar lagi menanti jika tidak berjaya mengurus emosi dengan baik.
Orang perempuan cepat
terbawa dengan emosi. Tambahan lagi setelah mengandung dan mempunyai anak
kecil, emosi seorang ibu sering berubah-ubah. Saya sendiri sebagai ibu muda
yang tiada pengalaman, pada awalnya agak tertekan menguruskan anak kecil
sendirian. Ini kerana ibu saya di kampung tidak dapat menemani proses saya
berpantang atas masalah kesihatan. Jadi semuanya dibuat sendiri dibantu suami,
dengan berpandukan nasihat tukang urut serta rujukan di website tentang setiap
permasalahan. Agak mencabar tetapi alhamdulillah dipermudahkan urusan kami
dalam menjaga anak kecil.
Sepanjang proses
membesarkan anak juga banyak cabaran menghadapi kerenah anak yang sedang
membesar. Jika tertekan saya akan menelefon dan mengadu kepada ibu di kampung
untuk meluahkan perasaan. Seringkali nasihat yang diberikan adalah supaya
banyakkan membaca al quran. Kata ibu, rasa tertekan dan marah itu datangnya
daripada syaitan yang ingin mengangggu hidup kita, jadi banyakkan membaca al
quran insyaallah hati akan menjadi tenang. Alhamdulillah ada ibu bolehlah
meluah perasaan, siapa lagi yang faham perasaan seorang ibu melainkan ibu juga
kan :)
Baiklah kembali kepada
tajuk asal, anak-anak akan mendapat kesan yang negatif jika ibu moody dan
marah. Walaupun marahkan ayahnya, tetapi dilepaskan geram kepada anak. Malah
jika marah kepada orang lain pun anak-anak menerima tempiasnya. Jadi sangat
penting seorang ibu belajar mengurus emosi terutama ketika marah. Perasaan
marah ni bila dilayan, otak kita tidak dapat berfungsi dengan baik sehingga
mendatangkan perlakuan yang boleh mendatangkan penyesalan di kemudian hari.
Banyak kerosakan yang akan berlaku apabila dikuasai amarah.
Tips
apabila tiba-tiba rasa marah samada marah kepada anak, suami, keluarga, atau
sesiapa sahaja
1.
Pertama, segera memohon
perlindungan kepada Allah dari godaan setan, dengan membaca ta’awudz:
أعوذُ بالله مِنَ الشَّيْطانِ الرَّجيمِ
A-‘UDZU BILLAHI MINAS SYAITHANIR RAJIIM
Karena sumber marah
adalah syaitan, sehingga godaannya bisa diredam dengan memohon perlindungan
kepada Allah.
Dari sahabat Sulaiman bin Surd radhiyallahu ‘anhu,
beliau menceritakan,
Suatu hari saya duduk bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wa
sallam. Ketika itu ada dua orang yang saling memaki. Salah satunya
telah merah wajahnya dan urat lehernya memuncak.
Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِني لأعلمُ كَلِمَةً لَوْ قالَهَا لذهبَ عنهُ
ما يجدُ، لَوْ قالَ: أعوذُ بالله مِنَ الشَّيْطانِ الرَّجيمِ، ذهب عَنْهُ ما يَجدُ
Sungguh saya mengetahui ada satu kalimat, jika dibaca oleh orang
ini, marahnya akan hilang. Jika dia membaca ta’awudz: A’-uudzu billahi minas
syaithanir rajiim, marahnya akan hilang. (HR. Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat lain, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Apabila seseorang marah, kemudian membaca: A-‘udzu billah (saya
berlindung kepada Allah) maka marahnya akan reda.” (Hadis
shahih – silsilah As-Shahihah, no. 1376)
2. Kedua : Diam
dan jaga lisan. Jangan bercakap walaupun bermacam perkara terlintas di fikiran,
kerana sewaktu marah kita akan mengeluarkan perkara yang mungkin menyakitkan
hati dan mengaibkan orang. Ini akan memburukkan lagi situasi.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa
sallambersabda, Jika kalian marah, diamlah. " HR Ahmad
إِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْكُتْ
3. Tukar posisi kita.
Jika dalam keadaan berdiri, kita ubah kepada duduk, atau berjalan duduk di
tempat lain.
4. Jika terlalu marah, ingatlah hadis ini, Rasulullah saw
bersabda " “Siapa yang berusaha menahan amarahnya,
padahal dia mampu meluapkannya, maka dia akan Allah panggil di hadapan seluruh
makhluk pada hari kiamat, sampai Allah menyuruhnya untuk memilih bidadari yang
dia kehendaki" (HR. Abu Daud, Turmudzi, dan dihasankan
Al-Albani)
Semoga kita akan
menjadi ibu yang penyabar dan pandai mengurus emosi. Kerana kesejahteraan
sebuah keluarga itu sangat dipengaruhi oleh seorang ibu. Ibu yang ceria secara
automatik akan membuat anak-anak dan ayah gembira.
Malah setiap suami
inginkan seorang isteri yang mampu menceriakan rumahtangga, tambah lagi setelah
penat bekerja seharian mencari rezeki di luar. Bak kata Yusri KRU, isterinya
Lisa Surihani seorang isteri yang sangat membahagiakan kerana dia pandai
menceriakan susasana dan tidak beremosi. (eh, tiba-tiba gosip artis pula,
hehe)
tq berkongsi... saya mohon share ye dalam blog saya... tq..
ReplyDeletehttp://suzieahmad.blogspot.com
ya silakan puan =)
Delete