Siapa Saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya Puan Aini merupakan seorang ibu kepada dua orang putera. Minat saya terhadap pendidikan kanak-kanak sudah lama wujud sebelum berkahwin lagi kerana percaya mereka sangat istimewa dan bakal mencipta kecemerlangan jika dipupuk dengan baik.

Selepas menamatkan pengajian di Universiti Malaysia Sabah pada tahun 2007, saya melibatkan diri dengan mengajar tuisyen dan kelas mengaji secara persendirian kepada pelajar sekolah rendah. Kemudian selepas berkahwin dan mempunyai anak, ini mendorong saya untuk lebih mendalami bidang didikan anak atau lebih tepatnya bayi. Antara yang menjadi idola saya adalah Puan Lina Karim yang berjaya mendidik kedua-dua anaknya membaca al quran seawal 3 tahun. Malah saya telah dua kali menghadiri kursus yang dianjurkan beliau untuk menimba ilmu mendidik anak membaca & menghafal al quran seawal usia.

Atas minat yang mendalam dalam bidang pendidikan kanak-kanak ini juga mendorong saya untuk menjadi pembekal barangan pendidikan kanak-kanak seperti set membaca, kad imbas, educational toys dan banyak lagi. Di samping menjual, saya turut berkongsi info yang saya dapat dan cuba amalkan. Alhamdulillah sepanjang berbisnes saya dapat melihat semakin ramai ibu yang sedar kepentingan mendidik anak seawal usia. Ini suatu perkembangan yang sangat bagus. Ramai yang bertanya apa yang tebaik untuk bayi mereka. Insyaallah saya cuba menjawab dan memberi cadangan sebaiknya.

Dalam masa yang sama saya turut menjadi tenaga pengajar di Pusat Membaca Lovely Reading Centre kepunyaan sahabat saya Puan Rohayati. Pusat membaca ini terletak di Nibong Tebal, Pulau Pinang. Di sini kami mengajar kanak-kanak membaca dari usia 4 tahun sehinggalah kepada pelajar sekolah rendah yang masih belum pandai membaca. Kami mengajar menggunakan sistem fonik dan menggunakan buku-buku keluaran Readnetwork iaitu Bacalah Anakku dan Read Easy. Pusat membaca ini telah membantu ratusan pelajar yang dulunya tidak pandai membaca namun dalam masa 6-8 bulan sahaja mereka sudah boleh membaca dengan sistem yang digunakan.

Tetapi kini saya terpaksa berhenti mengajar di sini kerana agak sibuk untuk menguruskan bisnes online. Malah setelah mempunyai rangkaian agen sendiri saya perlu lebih fokus untuk membantu agen menjana pendapatan dan menjadi usahawan berjaya. 

InsyaAllah saya akan berkongsi dengan para pembaca pengalaman saya yang tak seberapa ini untuk mengajar anak membaca dan mengaji sendiri dari rumah. Dalam masa yang sama saya juga masih berusaha untuk mendidik anak saya sendiri membaca dan mengaji. Semoga perkongsian ilmu ini akan dinilai pahala di sisi Allah dan bermanfaat untuk semua :)

********************

Saya juga ingin mengajak ibu-ibu yang ingin mendapat pendapatan sampingan dari rumah dengan menyertai team bisnes kami. Tanpa modal yang besar dan ada kumpulan sokongan khas untuk membimbing. Boleh hubungi saya di 013-4036390 (whatsapp/sms)

Gambar : Saya bersama dua anak berusaha menyelamatkan diri daripada seekor buaya ganas,
hehe, ini gambar di Tricky muzium i-city. Nampak cantik sungguh pemandangan di belakang tu kan =)

No comments:

Post a Comment