Pages

Wednesday 26 March 2014

Terpijak Kaca

Kelmarin kakiku terpijak kaca. Sakit sungguh rasanya berdarah-darah. Kaca tu daripada botol yang pecah, dah dibersihkan tetapi masih ada yang tinggal di lantai.

sumber gambar : google 


Sambil mengelap darah di kaki, terkeluar spontan kata-kata "nasib baik ummi yang kena, kalau kena Ammar atau Azzam tentu sakit, kesian diorang kalau kena" . Dan saya yakin mana-mana ibu pun akan mengatakan benda yang sama kan?. Semua ibu sanggup menanggung sakit daripada melihat anaknya kesakitan. Itulah tanda kasih sayang seorang ibu. Tetapi sejauh manakah kebenaran kita sayang akan anak kita ini sebenarnya.

Kita taknak anak kita sakit dilukai di dunia ini hingga sanggup berkorban duit dan segalanya demi anak tercinta. Tetapi pernahkah kita terfikir jika anak kita dilukai di hari akhirat nanti, mahukah kita membiarkan anak kita menanggung kesakitan akibat azab di akhirat nanti. Kadang-kadang kita tersilap meletakkan kasih sayang itu.

Kasihan nak kejut anak bangun pagi kerana anak kepenatan, jadinya anak tak solat subuh.
Kasihan anak panas nak pakai tudung, jadinya dibiarkan sahaja anak keluar tak bertudung.
Kasihan anak bosan di rumah, jadinya diberi telefon pintar atau ipad sebagai teman hingga anak melayari benda yang tak sepatutnya.

Dan macam-macam lagi kasihan ibu bapa pada anak yang tak kena pada tempatnya.

Jika benar sayang anak, ajarilah dia dengan maksud sebenar, islam, iman dan ehsan.
Jika benar sayang anak, ajarilah dia kenal Allah dan Rasulullah saw

Kerana itulah tanda kemurnian kasih ibu kepada anak.

Semoga dapat berkumpul di syurga bersama keluarga tercinta insyaallah =)

Wednesday 12 March 2014

Set Membaca Bacalah Anakku Guna Kaedah Fonik/Fonetik

APA ITU KAEDAH FONETIK ?

Kaedah fonetik ialah kaedah mengajar membaca dengan menekankan bunyi abjad tanpa mengajar nama-nama huruf. Dalam kaedah ini, anak-anak tidak perlu mengetahui nama-nama huruf kerana nama-nama huruf ini tidak bermakna untuk belajar membaca. Menurut pandangan Dr Diane McGuinness yang menulis buku Why Our Children Can't Read, beliau mengatakan bahawa , "Teaching ABC is the first roadblock to reading" 

BOLEH MEMBACA DALAM MASA 3 BULAN SAHAJA

Kaedah ini sangat mudah dan sesuai digunakan untuk kanak-kanak seawal 3 tahun lagi. Pada dasarnya untuk kaedah ini, ABC tidak perlu diajar kerana nama huruf tidak diperlukan langsung untuk membaca. Oleh itu jangan risau jika anak tidak tahu ABC. Namun tidak ada masalah untuk mengajar ABC setelah anak pandai membaca dengan kaedah fonik.


Keratan video bunyi fonik dalam VCD panduan mengajar yang disertakan dalam Set Bacalah Anakku


SET MEMBACA BACALAH ANAKKU 

Set membaca bacalah anakku yang diasaskan oleh Puan Nik Eliani dan suaminya ini telah banyak membantu ribuan pelajar untuk membaca awal usia. Set ini mengandungi 8 buah buku yang bertulisan besar, gambar yang jelas dan menarik, serta kertas yang berkualiti. Di dalam set ini juga disertakan VCD panduan mengajar bunyi huruf. Contoh kandungan VCD adalah seperti video di atas. Kemudian ada buku panduan ibu bapa serta set flashcard.

HUBUNGI PN.AINI 013 4036390 UNTUK PERTANYAAN PRODUK


Cara untuk mengajar menggunakan set membaca ini disertakan sekali untuk ibu bapa. Jika masih ragu-ragu ibu bapa yang membeli set membaca ini dari kami boleh menghubungi saya untuk mendapat bimbingin jika masih kurang jelas. Kami juga ada menyediakan kumpulan sokongan di Facebook untuk sokongan kepada ibu bapa khas untuk yang membeli set membaca dari BayiBijak, bagi mengajar anak mereka sendiri di rumah serta berinteraksi bersama ibu bapa lain.


TESTIMONI KEBERKESANAN SET MEMBACA INI 



keratan akhbar Harian Metro,  Rabu, 12Mac2014



IBU BAPA BERKONGSI PENGALAMAN KEJAYAAN MENGAJAR ANAK DENGAN SET INI  DI FACEBOOK PAGE BAYI BIJAK.



SARANAN BUAT IBU BAPA

Pengasas set membaca ini menekankan kepentingan ibu bapa mengajar anak membaca sendiri di rumah, bukannya menyerahkan tugas ini kepada guru semata-mata. Dengan kaedah ini, ibu bapa boleh mengajar anak seawal 3 tahun dan dalam masa beberapa bulan sahaja mereka akan mahir membaca. Malah anak-anak yang membaca bersama ibu bapa lebih cepat mahir berbanding yang diajar di kelas.

SARANAN PENGASAS KEPADA IBU BAPA


PROMOSI 3 SET MEMBACA PERCUMA 3 POSTER ALIF BA TA !! 

HARGA SET BACALAH ANAKKU = RM40
HARGA SET READ EASY = RM45
HARGA SET AL FURQAN = RM30

KOS POS = BERBEZA MENGIKUT ITEM DAN TEMPAT



BERMINAT?

1. HUBUNGI PUAN AINI
013-4036 390
 (CALL/WHATSAPP SHJ)

UNTUK HARGA PAKEJ, ORDER DAN PERTANYAAN,

ATAU BOLEH MESEJ KAMI  DI SINI SEKARANG !


EMEL : chy.aini85@gmail.com



Tuesday 4 March 2014

Saya dan kucing jalanan

Hari ini saya nak bercerita tentang tikus rumah dan kucing jalanan. Walaupun tiada kaitan dengan tema blog, tetapi ada mesej penting yang ingin dikongsi bersama pembaca. 

Kawasan perumahan kami ni ada banyak kucing jalanan. Tak tahu dari mana asalnya. Kadang-kadang bila ada lebihan makanan saya akan bagi kat kucing-kucing ni. Rumah sewa yang saya duduk ni grill belakangnya ada ruang yang muat untuk kucing jalanan masuk dan menyelongkar sampah yang kadang-kadang saya letak di situ sebelum buang ke dalam tong sampah di luar rumah. Memang membuat saya geram terpaksa membersihkan sampah yang bertaburan di lantai. Kadang ada juga yang menumpang teduh di ruangan belakang tu. 

Tetapi bila ada anak kucing yang suka tidur dan membuang najisnya sekali kat dalam tu, saya terus menutup lubang tempat mereka masuk tu. Tambahan pula kucing yang selalu diberi makan kat luar rumah tu pun suka buang najisnya sekali di belakang. Saya pun buat keputusan tak mahu bagi makanan lagi buat kucing-kucing tu. Jadinya amanlah hidup saya daripada gangguan kucing jalanan yang suka menyelongkar sampah dan berak di tempat yang tak sepatutnya tu.

Tak lama kemudian, ketika kami sekeluarga sedang bersantai-santai di ruang tamu, dengan tak semena-mena keluar objek berwarna hitam dan berlari laju melintasi kami masuk ke bawah kerusi dan kemudian ke belakang almari. TIKUS!!!!! Memang kami sangat terkejut sebab tak pernah menyangka dan terfikir rumah akan dimasuki tikus. Pening juga memikirkan dari mana datangnya tikus ni kerana seingat saya pintu sentiasa ditutup, takkan dia masuk melalui tingkap pula?? Sejak hari tu bermulalah episod yang menganggu hidup saya.

Setiap hari kepala saya pening berfikir dan hidup jadi sangat tidak aman memikirkan tentang tikus yang seekor tu. Setiap kali solat saya berdoa sungguh-sungguh semoga tikus ni tidak menggangu kami lagi. Puas bertanya orang dan mencari petua menghalau tikus di internet. Sangat risau sebab memikirkan bahaya tikus ni boleh menyebarkan penyakit, tambahan ada anak kecil di rumah. Takut anak pegang mainan yang dicemari tikus. Bermacam cara dibuat untuk menangkapnya. Guna perangkap tikus, guna gam tikus, tetapi masih tak berjaya, bijak sungguh dia. Sekali tu saya dapat tau tikus tu ada dalam kabinet dapur. Apalagi saya terus tarik bawa ke luar rumah, dan sepantas kilat tikus tu pun berlari keluar ke dalam semak rumah sebelah yang tak diduduki. Tak tergambar leganya saya.

Sangka saya sudah selamatlah kami, namun mimpi ngeri datang kembali. Walhal saya dah tutup lubang pintu dengan kain, sepatutnya tikus tu tak dapat masuk. Tak tahu mana datangnya lagi. Semasa saya sedang memasak di dapur tiba-tiba tikus tu dengan selambanya keluar dari kabinet yang sama dulu, dan keluar melalui lubang pintu yang sangat sempit tu. Dia dapat keluar sebab masa tu saya tak letak kain. Igauan ngeri ni berterusan lagi. Kata kawan suami, tikus ni selagi tak mati selagi itulah dia akan datang kat tempat yang dia dah duduk tu. Dan tikus ni boleh masuk walaupun lubang yang kecil. Tak ada cara lain dah melainkan dia mati. 

Kemudian suatu malam selepas berbuka puasa (kejadian ni berlaku di bulan Ramadhan) , selepas suami keluar berterawih, tinggallah saya di rumah sedang mengemas dapur. Kemudian si tikus tu pun keluar dari kabinet dapur tu dan pergi ke almari sebelah pintu dapur. Di sebelah almari tu ada tong gas yang masih penuh & belum digunakan. Dia bersembunyi di situ. Saya pergi membuka pintu dapur luas-luas dan cuba menghalaunya keluar dengan menjolok-jolok penyapu tetapi dia masih bertahan. Kemudian saya tefikir untuk mengangkat tong gas itu bagi menakutkannya.

Apalagi dengan pantasnya saya mengangkat tong gas tu dan sepantas kilat menjatuhkan kembali dan sesaat itu juga terdengar bunyi yang sangat nyaring!!! Saya terkejut dan lari ke ruang tamu. Dahlah suami tak ada di rumah, jantung saya berdebar-debar. Apa yang berlaku? Saya kembali semula dan pergi dekat-dekat, tak berani nak jenguk. Saya dengar bunyi macam tikus tu sedang bergerak-gerak. Lama saya duk dengar diam-diam sambil berjaga-jaga. Kemudian bunyi tu senyap, dan saya pun beranikan diri tengok. Rupanya tikus tu tersepit di bawah tong gas semasa saya cuba menghalau dia keluar. Masa tu tak terkata betapa bersyukurnya saya. mahu dibuat sujud syukur terus. Masalah yang selama ni menghantui kini dah diatasi. Tikus tu yang kebal dengan gam tikus, dengan racun, dan perangkap, kini mati di bawah tong gas, semuanya dengan kuasa Allah swt.

Masih terkejut dengan apa yang berlaku, saya tunggu suami pulang dan bercerita. Dia rupanya lagi seram nak tengok dan buang (Sabar ajee lah!). Katanya tunggu esoklah angkat takut nanti tikus tu lari lagi. Dan keesokannya ternyata tong gas yang berat tu dah menyebabkan badannya jadi penyet, tapi nasib baik tak ada darah atau cairan. Dah ada semut yang menghurung dan mula berbau. Saya lemparkan tikus tu kepada kucing-kucing di luar tetapi tak seekor pun yang makan. Pelik bin ajaib sungguh. Kata suami, "kucing tak makan tikus la ummi, kucing kat rumah abi dulu suka main tikus sampai mati, tapi lepas tu dia biar je tak makan. Sebab diorang tau tikus tu kan banyak penyakit." . Oh saya tak percaya tapi terpaksa percaya sebab sampai ke sudah kucing tak makan. Kemudian saya kutip bangkai tikus tu dan buang dalam tong sampah. Percaya tak semua ni saya buat sendiri sebab suami saya penggeli?? Nasib baik isterinya berani & gagah perkasa hehe.

Kemudian saya cuba muhasabah kembali, kenapa kami diuji dengan tikus ni. Apa dosa yang kami buat tanpa disedari, apa Allah nak tunjuk pada kami. Dan saya terfikir mungkin sebab saya kejam pada kucing jalanan tu dan tak bagi lebihan makanan yang ada, malah sanggup buang ke dalam tong sampah sebab taknak bagi kucing berak kat belakang rumah, jadi Allah hadirkan tikus ini sebagai teguran. Kini saya kembali membuka ruang tempat kucing masuk, dan akan memberi kucing-kucing tu makan lebihan makanan, menggaul ikan dan nasi bagi kucing makan di luar. Alhamdulillah mereka tak berak merata tempat dah, dan bila hujan lebat mereka masuk berteduh di dalam ruang jemur kain melalui lubang belakang. Saya rasa bersyukur dapat membantu walau tak banyak. Saya tak ambil kucing tu untuk dipelihara dalam rumah sebab ada anak kecil. Cukuplah saya bagi makan di luar sahaja.

Begitulah kisahnya saya dan kucing jalanan. Janganlah menghina dan menyepak terajang kucing tu sebab mereka makhluk Allah dan binatang kesayangan Nabi saw. Berkongsilah makanan dengan mereka moga-moga hidup kita dirahmati Allah sentiasa.